Langkau ke kandungan utama

Garam beriodin untuk mencegah gangguan kekurangan iodin

Juga terdapat dalam

Kekurangan iodin menyebabkan kerencatan mental pada kanak-kanak serta kelenjar tiroid yang besar (goitre) dan kekurangan hormon tiroid pada orang dari semua peringkat umur. Ia masih wujud di sebahagian besar dunia. Ulasan ini melihat kajian garam beriodin dalam diet yang termasuk kumpulan perbandingan. Enam kajian, kebanyakannya dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga dalam beberapa orang dewasa, dimasukkan. Iodin dalam air kencing meningkat dalam semua tetapi satu kajian, namun terdapat kebimbangan bahawa anak kecil tidak makan garam yang secukupnya untuk mencapai status iodin yang mencukupi. Beberapa kajian, tetapi tidak semua, juga menunjukkan pengurangan pembesaran kelenjar tiroid (goitre) yang boleh mengiringi kekurangan iodin dalam diet. Kesan sampingan tidak dilaporkan, tetapi ini mungkin tidak dikaji dengan secukupnya. Lebih banyak kajian jangka panjang yang berkualiti tinggi yang mengukur hasil yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak, sehingga kematian yang berkaitan dengan kekurangan iodin dan kesan buruk diperlukan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Petikan
Wu T, Liu GJ, Li P, Clar C. Iodised salt for preventing iodine deficiency disorders. Cochrane Database of Systematic Reviews 2002, Issue 3. Art. No.: CD003204. DOI: 10.1002/14651858.CD003204.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan