Langkau ke kandungan utama

Diuretik untuk takipnea sementara bayi baru lahir (TTN)

Soalan ulasan: Adakah rawatan diuretik mengurangkan tempoh terapi oksigen dan gejala-gejala pernafasan dan memendekkan penginapan di hospital di kalangan bayi matang yang datang dengan sindrom klinikal takipnea sementara bayi baru lahir?

Latar belakang: Kerap kali bayi matang yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean elektif mengalami pernafasan yang sukar dan pantas (takipnea) dan memerlukan oksigen untuk tempoh 48 jam. Takipnea sementara bayi baru lahir (TTN) adalah penyebab lebih kurang separuh daripada kesemua kes pernafasan distres neonatal. Walaupun keadaan ini hanya sementara selalunya tidak serius, keadaan ini memerlukan kemasukan ke unit penjagaan rapi neonatal, melibatkan pengasingan ibu dan bayi, dan menggunakan sumber-sumber yang mahal. Patologi asas TTN masih tidak difahami dengan baik. Mekanisme yang paling kerap dicadangkan adalah kelewatan penyerapan cecair paru-paru bayi selepas kelahiran. Ubat diuretik, termasuk furosemide, mungkin mengurangkan cecair di dalam paru-paru.

Ciri-ciri kajian: Kami telah mengenal pasti dua percubaan terkawal rawak yang melibatkan 100 bayi yang membandingkan kesan furosemide yang diberikan secara oral atau intravena dengan plasebo atau tiada rawatan di kalangan bayi berumur kurang daripada tujuh hari, yang dilahirkan pada minggu ke 37 atau lebih kehamilan dengan TTN. Tiada kajian baru telah dikenal pasti dalam kemas kini 2015 ini.

Keputusan: Tiada kajian yang telah menunjukkan kesan statistik yang ketara tentang furosemide terhadap takipnea sementara bayi baru lahir tentang tempoh gejala atau tempoh kemasukan ke hospital.

Kesimpulan: Diuretik tidak boleh disyorkan sebagai rawatan untuk takipnea sementara bayi baru lahir dan ia tidak sepatutnya digunakan melainkan sekiranya terdapat data tambahan lain.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research).Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Kassab M, Khriesat WM, Anabrees J. Diuretics for transient tachypnoea of the newborn. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 11. Art. No.: CD003064. DOI: 10.1002/14651858.CD003064.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan