Langkau ke kandungan utama

Perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRI) dan perencat pengambilan semula serotonin-norepinefrin (SNRI) untuk mencegah migrain

Migrain adalah keadaan biasa yang sangat menjejaskan kualiti hidup seseorang. Individu yang mengalami migrain yang kerap atau teruk boleh mendapat manfaat daripada ubat pencegahan yang diambil sebelum serangan dan sebelum sakit bermula. Kajian mencadangkan potensi peranan neurotransmitter dalam kejadian sakit kepala. Maka, ubat-ubatan yang menghalang laluan neurotransmitter dalam sel-sel otak dan, oleh itu, meningkatkan tahapnya, telah diperiksa untuk potensi manfaatnya dalam mencegah migrain. Dua kelas perencat, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRI) dan perencat pengambilan semula serotonin-norepinefrin (SNRI), biasanya digunakan untuk merawat kemurungan, dinilai dalam ulasan ini.

Ini adalah kemas kini ulasan sebelumnya yang memasukkan kajian mengenai migrain dan sakit kepala jenis tegang. Ulasan asal ini telah dibahagikan dalam dua ulasan berasingan: kemas kini ini hanya menangani kajian mengenai migrain, sementara yang kedua memberi tumpuan kepada sakit kepala jenis tegang. Pada bulan November 2014, kami mengenal pasti tiga kajian baru. Lapan kajian telah dimasukkan dalam versi ulasan sebelumnya. Secara keseluruhan, kami menganalisis sejumlah 585 peserta. Semua kajian mempunyai bilangan peserta yang kecil dan dijalankan dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Hanya beberapa yang berkualiti tinggi.

Keputusan mencadangkan bahawa SSRI dan SNRI tidak lebih baik daripada plasebo (pil gula) untuk mengurangkan jumlah serangan migrain. Tidak ada perbezaan kesan sampingan kecil antara peserta yang dirawat dengan SSRI atau SNRI berbanding mereka yang dirawat dengan plasebo. SSRI dan SNRI nampaknya tidak menawarkan kelebihan jika dibandingkan dengan rawatan aktif yang lain, khususnya antidepresan trisiklik amitriptyline. Peserta yang dirawat dengan SSRI atau SNRI mengalami kesan sampingan kecil yang kurang daripada mereka yang mengambil amitriptyline, namun bilangan orang yang berhenti mengambil satu ubat atau yang lain disebabkan oleh kesan sampingan adalah lebih kurang sama. Keputusan ini berdasarkan kajian jangka pendek (tidak lebih dari tiga bulan), yang tidak berukuran dengan betul dan mempunyai kelemahan kaedah yang serius. Kami tidak menemui kajian yang membandingkan SSRI atau SNRI dengan rawatan farmakologi selain antidepresan (cth. antiepileptik dan anti-hipertensi).

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Irma Wati Ngadimon. Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Banzi R, Cusi C, Randazzo C, Sterzi R, Tedesco D, Moja L. Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) and serotonin-norepinephrine reuptake inhibitors (SNRIs) for the prevention of migraine in adults. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 4. Art. No.: CD002919. DOI: 10.1002/14651858.CD002919.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan