Langkau ke kandungan utama

Rawatan tingkah laku untuk sakit belakang rendah kronik

Sakit belakang rendah kronik adalah masalah ekonomi utama yang mempengaruhi populasi di seluruh dunia. Sakit belakang rendah kronik, khususnya, adalah penyebab utama perbelanjaan perubatan, ketidakhadiran kerja, dan ketakupayaan. Pada masa ini, pengurusan sakit belakang rendah kronik termasuk pelbagai julat rawatan seperti ubat, senaman dan terapi tingkah laku. Penyelidikan menunjukkan peranan sosial dan faktor psikologi berperanan dalam pengurusan sakit belakang rendah. 

Ulasan 30 kajian ini (3438 peserta) menilai tiga terapi tingkah laku untuk sakit belakang rendah kronik: (i) operan (yang mengakui faktor eksternal yang berkait dengan sakit boleh memperkuatkannya), (ii) kognitif (mengurus pemikiran, perasaan, kepercayaan, atau gabungan ketiga-tiga faktor, yang mencetuskan sakit), (iii) responden (mengganggu ketegangan otot dengan teknik relaksasi progresif atau biomaklumbalas aktiviti otot).

Untuk kelegaan sakit, terdapat bukti berkualiti sederhana:

(i) terapi operan adalah lebih berkesan berbanding mengawal senarai menunggu untuk jangka masa pendek,

(ii) terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara terapi operan, terapi kognitif; atau gabungan terapi-terapi tingkah laku untuk jangka masa pendek atau pertengahan, dan 

(iii) rawatan tingkah laku adalah lebih berkesan berbanding penjagaan biasa (yang biasanya terdiri daripada terapi fizikal, latihan bagi sakit belakang dan/atau rawatan perubatan) untuk jangka masa pendek. 

Pada jangka masa panjang, terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara terapi tingkah laku dan senaman berkumpulan untuk melegakan sakit atau mengurangkan gejala kemurungan . Penambahan terapi tingkah laku kepada rehabilitasi dalam wad tidak menunjukkan peningkatan kesan rehabilitasi dalam wad sahaja.

Bagi kebanyakan perbandingan yang lain, terdapat bukti berkualiti rendah atau sangat rendah yang berdasarkan dua atau tiga kajian kecil. Terdapat hanya beberapa kajian yang memberi maklumat tentang kesan terapi tingkah laku terhadap ketidakupayaan fungsi atau kembali bekerja.

Penyelidikan lanjutan berkemungkinan memberi impak penting dalam keputusan dan keyakinan kami terhadap keputusan ini.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Nadiatul Azra Ahmad Mazlan (Universiti Perubatan Antarabangsa). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).

Petikan
Henschke N, Ostelo RWJG, van Tulder MW, Vlaeyen JWS, Morley S, Assendelft WJJ, Main CJ.. Behavioural treatment for chronic low-back pain. Cochrane Database of Systematic Reviews 2010, Issue 7. Art. No.: CD002014. DOI: 10.1002/14651858.CD002014.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan