Langkau ke kandungan utama

Tempoh tinggal di hospital bagi individu yang mengalami penyakit mental yang serius

Sejak tahun 1960-an, di Amerika Utara dan kebanyakan negara Eropah, hospital psikiatri besar telah ditutup dan unit hospital tempatan yang lebih kecil telah ditubuhkan. Pendapat perubatan mengenai tempoh kemasukan ke hospital bagi individu yang mengalami penyakit mental, sama ada selama berbulan-bulan hingga bertahun-tahun atau hanya beberapa minggu, telah berubah. Penjagaan dalam komuniti telah dipermudah dengan perkembangan rawatan ubat bagi individu yang mengalami penyakit mental. Oleh itu, di negara maju, tempoh kemasukan ke hospital kini lebih singkat, dan hospital psikiatri besar atau pusat perlindungan hampir tidak lagi wujud. Namun, masih terdapat keraguan sama ada tempoh kemasukan jangka pendek ke hospital memberi manfaat dengan mencegah institusionalisasi individu, atau sebaliknya membawa kesan negatif kerana punca dan simptom penyakit tidak ditangani sepenuhnya. Keadaan ini menjadi lebih rumit kerana terdapat pesakit yang sering dimasukkan ke hospital untuk jangka masa pendek tetapi berulang kali (‘pesakit pintu pusingan’), berbanding pesakit lain yang tetap berada di hospital untuk jangka masa panjang walaupun telah menerima rawatan (‘pesakit baru tinggal lama’).

Ulasan ini bertujuan untuk menentukan tempoh kemasukan ke hospital yang paling bermanfaat dan kini berdasarkan pencarian yang dijalankan pada tahun 2012. Enam kajian rawak dimasukkan, membandingkan kemasukan hospital jangka pendek dengan sama ada kemasukan hospital jangka panjang atau penjagaan standard. Tiada perbezaan yang ditemui antara kumpulan dari segi kadar kemasukan semula ke hospital, keadaan status mental, kadar meninggalkan kajian lebih awal, risiko kematian, dan bilangan individu yang tidak dapat dikesan dalam susulan. Terdapat perbezaan yang signifikan yang menunjukkan kelebihan kemasukan hospital jangka pendek dari segi kefungsian sosial. Terdapat maklumat terhad yang mencadangkan bahawa kemasukan hospital jangka pendek tidak mendorong corak kemasukan semula berulang (‘pintu pusingan’), serta tidak menyebabkan penjagaan yang terputus atau berkualiti rendah.

Ini seharusnya meyakinkan individu dengan penyakit mental yang dimasukkan ke hospital bahawa kemasukan jangka pendek (kurang daripada 28 hari) tidak meningkatkan risiko kemasukan semula, meninggalkan hospital secara tiba-tiba, atau kehilangan akses kepada perkhidmatan selepas meninggalkan hospital, berbanding dengan kemasukan jangka panjang. Pesakit yang dimasukkan untuk tempoh jangka pendek juga lebih berkemungkinan keluar hospital pada tarikh yang dirancang dan berkemungkinan mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapat pekerjaan. Bagi pakar psikiatri, pembuat dasar, dan profesional kesihatan, adalah penting untuk mengetahui bahawa kemasukan hospital jangka pendek tidak membawa kepada corak kemasukan semula berulang (‘pintu pusingan’), serta penjagaan yang lemah atau terputus.

Walau bagaimanapun, semua bukti dalam ulasan ini dinilai oleh pengarang sebagai berkualiti rendah. Kajian yang lebih besar, direka bentuk dengan baik, dan dilaporkan dengan teliti adalah wajar, dengan memberi tumpuan kepada hasil penting seperti kematian, kecederaan diri, bahaya kepada orang lain, pekerjaan, tingkah laku jenayah, keadaan status mental, kepuasan terhadap rawatan dan perkhidmatan, kehilangan tempat tinggal, perhubungan sosial atau kekeluargaan, serta kos.

Ringkasan dalam bahasa mudah ini telah ditulis oleh Benjamin Gray, seorang Pengguna Perkhidmatan dan Pakar Pengguna Perkhidmatan dari Rethink Mental Illness.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Divya Nair Narayanan. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Babalola O, Gormez V, Alwan NA, Johnstone P, Sampson S. Length of hospitalisation for people with severe mental illness. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 1. Art. No.: CD000384. DOI: 10.1002/14651858.CD000384.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan