Langkau ke kandungan utama

kortikosteroid untuk merawat kecederaan otak

Kecederaan traumatik otak adalah satu penyebab utama kematian dan kecacatan. Setelah kecederaan, otak mungkin membengkak, menyebabkan satu keadaan yang berpotensi membawa maut dipanggil kenaikan tekanan intrakranial (ICP). Ubat-ubatan kortikosteroid telah digunakan secara meluas sejak beberapa tahun, untuk merawat pesakit dengan kecederaan otak kerana dianggap dapat mengurangkan tekanan intrakranial. Beberapa contoh kortikosteroid seperti dexamethasone dan methylprednisolone.

Pengarang ulasan telah mencari rujukan kesusasteraan perubatan untuk menentu keberkesanan dan keselamatan kortikosteroid dalam merawat kecederaan otak. Mereka menumpukan carian mereka keatas kajian rawak terkawal di mana satu kumpulan orang yang menerima rawatan perubatan (kortikosteroid) dibandingkan kepada satu kumpulan yang menerima rawatan lain atau tiada rawatan selain rawatan biasa. Pengarang ulasan menjumpai 20 kajian melibatkan 12,303 peserta. Apabila ulasan mula ditulis keputusan kajian tidak memberikan kesimpulan. Satu kajian yang baru dan besar dengan 80% dari jumlah peserta di dilengkapkan semasa ulasan ini dikemaskini pada tahun 2006. Kajian ini dikenali dengan CRASH, menunjuk peningkatan yang ketara dalam bilangan pesakit yang mati apabila diberi steroid dibandingkan dengan pesakit yang tidak diberi rawatan. Peningkatan yang ketara dalam kematian dengan steroid ini mencadangkan bahawa steroid tidak lagi digunakan secara rutin keatas orang dengan kecederaan kepala traumatik.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Petikan
Alderson P, Roberts I. Corticosteroids for acute traumatic brain injury. Cochrane Database of Systematic Reviews 2005, Issue 1. Art. No.: CD000196. DOI: 10.1002/14651858.CD000196.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan