Alkoholik Tanpa Pengenalan (AA) dan program 12-langkah lain untuk masalah pengambilan alkohol

Soalan ulasan

Ulasan ini meringkaskan kajian yang membandingkan Alkoholik Tanpa Pengenalan (AA) dengan program-program Fasilitasi Two Belas Langkah (TSF) yang serupa dengan rawatan lain untuk memantau jika program tersebut dapat membantu mereka yang mempunyai masalah alkohol untuk mengekalkan ketenangan, atau mengurangkan penggunaan alkohol dan kesan-kesan yang berkaitan dengan penggunaan alkohol. Kami juga memeriksa jika AA/TSF dapat mengurangkan kos rawatan kesihatan berbanding rawatan-rawatan lain.

Latar belakang

Masalah pengambilan alkohol (juga dikenali sebagai ketagihan arak) merupakan masalah individu dan kesihatan awam yang merisaukan di seluruh dunia. Rawatan adalah mahal. AA merupakan konsep bantuan dan kerjasama yang meluas dan percuma untuk membantu mereka memulihkan ketagihan arak dan meningkatkan kualiti hidup.

Tarikh Carian

Bukti adalah terkini sehingga 2 Ogos 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 27 kajian relevan yang merangkumi 10,565 peserta. Kajian-kajian berbeza dari segi format; dan sama ada dari segi rawatan berdasarkan prosedur standard (iaitu pelaksanaan manual); dan sama ada AA/TSR dibandingkan dengan rawatan yang mempunyai asas teori yang berbeza (seperti terapi kelakuan kognitif (CBT)), atau jenis TSF yang berbeza (iaitu rawatan yang berbeza dari segi gaya atau intensiti berbanding dengan AA TSF).

Sumber tajaan kajian

Kajian terlibat ditaja oleh satu atau lebih geran daripada Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (18 kajian), Jabatan Hal Ehwal Amerika Syarikat (8 kajian), dan organisasi lain (seperti yayasan persendirian atau institusi akademik; 8 kajian). Dua kajian tidak melaporkan sumber tajaan.

Keputusan utama

Pelaksanaan rawatan AA/TSF manual biasanya menghasilkan kadar pantang berterusan yang tinggi berbanding rawatan lain yang dikaji. Pelaksaan rawatan AA/TSF bukan manual menunjukkan prestasi yang baik sama seperti rawatan lain.

AA/TSF mungkin lebih baik daripada rawatan lain untuk meningkatkan peratusan hari berpantang, terutamanya dalam jangka masa panjang. Prestasi AA/TSF dalam mengurangi intensiti tabiat minum (alkohol) mungkin tidak berbeza daripada rawatan lain. Prestasi AA/TSF dalam menangani kesan penggunaan alkohol and tahap ketagihan mungkin tidak berbeza daripada rawatan lain. Empat daripada lima kajian ekonomi mendapati penjimatan kos yang signifikan untuk AA/TSF, dan menunjukkan bahawa intervensi AA/TSF mungkin dapat mengurangkan kos rawatan kesihatan secara signifikan.

Kesimpulannya, intervensi TSF secara klinikal yang dirancang untuk meningkatkan penyertaan AA biasanya mendatangkan hasil yang lebih bermanfaat dalam tempoh bulan hingga tahun berikutan tabiat pantang berterusan yang tinggi. Kesan ini dapat dicapai dengan memupuk penyertaan AA selepas intervensi TSF tamat. AA/TSF mungkin dapat menghasilkan penjimatan kos rawatan kesihatan yang signifikan sementara meningkatkan tabiat pantang alkohol.

Kepastian Bukti

Kepastian bukti kami adalah sangat rendah hingga tinggi untuk hasil-hasil yang berbeza. Kebanyakan bukti yang mempunyai kepastian tinggi adalah berdasarkan dapatan kajian yang mempunyai reka bentuk yang boleh dipercayai (kajian rawak terkawal) dan kaedah pengukuran baik. Kami mempertimbangkan sebilangan bukti sebagai kepastian rendah, disebabkan kaedah yang kurang sesuai untuk menentukan rawatan yang diterima oleh setiap orang dalam kajian tersebut, dan mungkin membolehkan faktor selain rawatan mempengaruhi dapatan tersebut. Terdapat ketidakseragaman dalam bukti daripada kajian akibat variasi dari segi ciri-ciri klinikal peserta, masa tindak lanjut, kesalahan dalam ingatan berkaitan dengan keputusan-keputusan tertentu, dan perbezaan dalam jangka masa intervensi, atau kesan-kesan terapi. Sebilangan kajian mempunyai sampel kecil, menyebabkan anggaran yang kurang tepat dalam tempoh pantang yang paling panjang, dan perbezaan yang tinggi dalam anggaran pengambilan alkohol setiap hari.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Roshan Arjun Ananda (Monash University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information