Dos ubat opioid yang tinggi untuk pengurusan sakit kronik bukan kanser

Kesimpulannya

Tiada bukti yang berkualiti tinggi untuk menunjukkan bagaimana dos opioid yang tinggi berfungsi, atau apakah kesan sampingan yang ada, apabila ubat ini digunakan untuk merawat sakit kronik yang bukan disebabkan oleh kanser dalam kalangan orang dewasa. Kajian biasanya menggunakan dos di bawah titik potong kami; kami perlu tahu bagaimana dos ubat-ubatan opioid tinggi berfungsi dalam keadaan ini, dan kesan sampingan yang mungkin ada.

Latar belakang

Opioid adalah sejenis ubatan sakit yang dikaitkan dengan morfin. Tinjauan meluas ini bertujuan untuk merumuskan pengetahuan dalam Ulasan Cochrane dan tinjauan meluas mengenai ubat opioid. Kami berminat dengan ubat-ubatan opioid yang diguna pada dos tinggi (bersamaan dengan 200 mg morfin sehari atau lebih) untuk melegakan sakit dalam kalangan orang dewasa yang mengalami sakit kronik bukan akibat kanser. Kami ingin menerangkan cara ubat-ubatan opioid dos tinggi berfungsi dalam keadaan ini, dan kesan sampingan yang mungkin ada.

Keputusan utama

Walaupun dengan carian sistematik pada bulan April 2017, kami tidak menemui sebarang maklumat tentang perkara ini. Kajian mengenai opioid jarang dilaporkan pada penggunaan dos tinggi dan, jika ya, mereka tidak melaporkan maklumat yang berasingan kepada peserta yang menggunakan dos opioid yang tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save