Jaringan atau graf transfaraj berbanding pembaikan tisu asli untuk prolaps faraj

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Soalan ulasan

Patutkah jaringan transfaraj, graf biologi atau tisu asli patut diguna untuk membaiki prolaps faraj?

Latar belakang

Prolaps organ pelvik adalah lazim, mempengaruhi hampir 50% wanita yang telah melahirkan anak. Kaedah tradisional untuk membaiki prolaps faraj melalui menggunakan tisu asli dikaitkan dengan kadar perulangan yang tinggi. Graf transfaraj yang diperbuat daripada bahan jaringan yang boleh serap, kekal atau biologi dianggap boleh meningkatkan hasil pembedahan prolaps.

Ciri-ciri kajian

Kami menilai 37 kajian rawak terkawal (4023 wanita) yang membandingkan graf transfaraj dengan pembaikan tisu asli tradisional untuk membaiki prolaps faraj. Bukti adalah terkini sehingga Julai 2015.

Keputusan utama

Bukti berkualiti rendah hingga sederhana mencadangkan terdapat kelebihan menggunakan jaringan transfaraj kekal berbanding pembaikan tisu asli, termasuk kadar yang lebih rendah bagi kesedaran prolaps, pembedahan ulangan prolaps, dan prolaps berulang sewaktu pemeriksaan. Bukti mencadangkan jika 19% wanita sedar terhadap prolaps selepas pembaikan tisu asli, antara 10% dan 15% akan sedar selepas pembaikan jaringan kekal. Jika kadar prolaps berulang sewaktu pemeriksaan selepas pembaikian tisu asli diandaikan 38%, risiko adalah antara 11% dan 20% selepas pembaikian dengan jaringan kekal transfaraj. Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah berkaitan jaringa kekal transfaraj. Jika kami mengandaikan 5% wanita memerlukan pembedahan ulangan untuk prolaps atau inkontinens urinari stres atau pendedahan jaringan (salah satu daripada dari tiga ini) selepas pembaikian tisu asli, risiko adalah di antara 7% dan 18% selepas pembaikian jaringan kekal. Lapan peratus wanita di dalam kumpulan jaringan memerlukan pembedahan ulangan untuk pendedahan jaringan.

Bukti berkualiti rendah mencadangkanjaringan boleh serap mungkin mengurangkan risiko prolaps berulang sewaktu pemeriksaan berbanding pembaikan tisu asli, tetapi bukti tidak cukup tentang jaringan boleh serap untuk membuat sebarang kesimpulan hasil lain.

Bukti berkualiti rendah mencadangkan tiada perbezaan di antara graf biologi dan pembaikan tisu asli terhadap kadar kesedaran tentang prolaps atau pembedahan ulangan untuk prolaps. Oleh kerana kualiti bukti yang sangat rendah, impak intervensi terhadap prolaps sewaktu pemeriksaan adalah tidak pasti.

Jaringan kekal mempunyai kelebihan berbanding tisu asli, terdapat juga kekurangan dalam penggunaannya yang rutin. Banyak jaringan kekal transfaraj telah ditarik balik penggunaan pada 2011, dan jaringan kekal transfaraj yang baharu dan ringan sedia ada belum dinilai dalam kajian rawak.

Kualiti bukti

Keseluruhunannya, kualiti bukti adalah sangat rendah hingga sederhana. Pembatasan utama adalah laporan kaedah kajian yang lemah, ketakkonsistenan, dan ketidaktepatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Denise Chai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi denisechai@ms.pmc.edu.my