Progestogens pra-natal untuk mencegah kelahiran pramatang pada wanita dengan banyak kehamilan

Apakah isunya?

Lebih separuh daripada wanita dengan kehamilan kembar melahirkan sebelum minggu ke 37 kehamilan (pramatang), dan wanita menjangka kembar tiga mempunyai kelahiran pramatang yang lebih berkemungkinan. Bayi yang lahir pramatang lebih cenderung untuk mati atau mengalami masalah kesihatan berbanding dengan bayi yang dilahirkan pada masa yang dijangka. Progesteron dihasilkan secara semulajadi di dalam badan dan dianggap membantu mengekalkan kehamilan.

Memandangkan penerbitan ulasan baru ini dalam Keluaran 10, 2017, kini kami telah mengalihkan satu kajian (El-Refaie 2016) daripada dimasukkan ke dalam kajian yang menunggu klasifikasi, sementara penjelasan mengenai data kajian.

Mengapakah ini penting?

Tidak diketahui sama ada memberi progesteron (melalui suntikan, secara oral atau oleh suppositori faraj atau gel) kepada wanita yang mempunyai banyak kehamilan semasa kehamilan adalah bermanfaat atau berbahaya kepada wanita dan bayinya.

Apakah bukti yang kami temui?

Kami mencari bukti pada 1 November 2016 dan mengenal pasti 16 kajian terkawal secara rawak yang melibatkan 4548 wanita untuk dimasukkan dalam ulasan.

Dalam kajian di mana wanita menerima progesteron dengan suntikan ke dalam otot berbanding dengan plasebo, lebih banyak wanita melahirkan sebelum minggu kehamilan ke 34 dalam kumpulan progesteron(kualiti bukti yang rendah). Tiada perbezaan yang jelas antara kuumpulan yang kemungkinan bayi mati sebelum atau tidak lama selepas kelahiran(kualiti bukti yang rendah). Tidak ada kajian yang melaporkan samada terdapat wanita yang mati atau bayi mengalami masalah perkembangan jangka panjang atau kecacatan. Nampaknya terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara wanita yang menerima progesteron atau plasebo untuk hasil penting lain, seperti kelahiran pramatang sebelum 37 minggu (bukti berkualiti tinggi); kelahiran pramatang sebelum 28 minggu (bukti berkualiti sederhana) atau berat lahir bayi kurang daripada 2500 gram (bukti berkualiti sederhana). Tiada hasil pada kanak-kanak dilaporkan dalam kajian.

Dalam kajian di mana wanita menerima progesteron faraj mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara wanita yang menerima progesteron atau plasebo dalam kelahiran pramatang sebelum 34 minggu (bukti berkualiti rendah); walaupun kelahiran yang lebih sedikit sebelum 34 minggu berlaku dalam kumpulan progesteron, penemuan ini mungkin berlaku secara kebetulan. Jumlah kematian bayi sebelum atau tidak lama selepas kelahiran adalah sama dalam kedua-dua kumpulan(kualiti bukti yang rendah). Tiada kajian melaporkan kematian ibu atau hasil jangka panjang untuk bayi. Terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan yang menerima progesteron faraj berbanding plasebo dalam sebarang hasil penting lain (kelahiran pramatang sebelum 37 minggu (bukti berkualiti sederhana); kelahiran pramatang sebelum 28 minggu (bukti berkualiti rendah); atau berat lahir bayi kurang daripada 2500 gram (bukti berkualiti sederhana)). Tiada hasil pada kanak-kanak dilaporkan dalam kajian. Bagi hasil lain, penyelidik tidak menemui perbezaan kumpulan yang jelas, kecuali bagi pembedahan caesarean di mana wanita yang menerima progesteron faraj tidak mempunyai banyak pembedahan caesarean seperti yang terdapat dalam kumpulan plasebo (walaupun perbezaan antara kumpulan tidak besar (8%)). Bilangan bayi di mana ibu yang menerima progesteron melalui faraj memerlukan bantuan mekanikal dengan pernafasan adalah kurang.

Kami tidak menemui sebarang kajian yang melihat progesteron diambil melalui mulut.

Apakah maksudnya?

Secara keseluruhannya, bagi wanita yang mempunyai banyak kehamilan, rawatan dengan progesteron (sama ada intramuskular atau melalui faraj) tidak mengurangkan kebarangkalian kelahiran pramatang atau meningkatkan hasil untuk bayi.

Kajian selanjutnya boleh memberi tumpuan terhadap maklumat tentang wanita individu yang mengambil bahagian dalam kajian, supaya data mengenai kedua-dua rawatan progesteron intramuskular dan melaui faraj dalam wanita dengan banyak kehamilan boleh dipertimbangkan bersama.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information