Soalan ulasan
Adakah kanak-kanak dengan jangkitan telinga tengah akut berulang mendapat manfaat dengan perletakan gromet di kedua-dua telinga (dengan atau tanpa pembuangan surgikal adenoid pada waktu yang sama)?
Latar belakang
Jangkitan akut telinga tengah adalah salah satu penyakit lazim dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak mengalami episod sekali-sekala, sesetengah mengalami jangkitan telinga berulang (tiga atau lebih jangkitan dalam tempoh enam bulan, atau empat atau lebih dalam tempoh setahun). Jangkitan berulang mengakibatkan distres melalui sakit telinga yang kerap, demam, sakit umum, tidak dapat tidur malam dan kehilangan masa di nurseri atau sekolah bagi kanak-kanak dan kehilangan masa bekerja bagi penjaga. Gromet, yang juga dikenali sebagai ventilasi atau tiub ‘tympanostomy’ boleh ditawarkan sebagai rawatan. Ia adalah tiub plastic kecil yang diletakkan dalam gegendang telinga oleh pakar bedah ENT semasa pembedahan singkat.
Ciri-ciri kajian
Ulasan ini memasukkan bukti sehingga 4 Disember 2017. Kami memasukkan lima kajian rawak terkawal dengan sejumlah 805 kanak-kanak dengan jangkitan telinga tengah akut berulang. Semua kajian telah dijalankan sebelum vaksinasi diberi terhadap pneumococcus, satu bakterium yang lazim menyebabkan jangkitan telinga. Pembuangan surgikal adenoid tidak dilakukan untuk kedua-dua kumpulan dalam kajian-kajian tersebut.
Keputusan utama
Kami melihat perbezaan dalam perkadaran kanak-kanak yang tidak mengalami jangkitan telinga tengah akut lagi pada tiga hingga enam bulan (tempoh pertengahan), dan mereka yang mengalami perforasi gegendang telinga yang berterusan. Kami juga melihat kepada hasil kajian lain, termasuklah perkadaran kanak-kanak yang tidak lagi mengalami episod jangkitan telinga tengah akut.
Gromet berbanding pemantauan aktif
Kami mendapati bukti berkualiti rendah kanak-kanak yang dirawat dengan gromet mengalami episod lanjutan jangkitan telinga pada susulan 6 dan 12 bulan berbanding mereka yang diuruskan dengan pemantauan aktif; tiga dan lapan kanak-kanak perlu dirawat dengan gromet untuk memanfaatkan masing-masing satu orang. Bilangan jangkitan telinga pada susulan 6 dan 12 bulan juga adalah kurang dalam kumpulan gromet; walau bagaimanapun perbezaan adalah sederhana dengan sekitar kurang dari satu episod pada 6 bulan dan kesan yang tidak ketara pada 12 bulan (bukti berkualiti rendah hingga sangat rendah). Kanak-kanak yang dirawat dengan gromet tidak mempunyai kualiti hidup yang lebih baik pada 4 atau 12 bulan susulan (bukti berkualiti rendah).
Gromet berbanding dengan profilaksis antibiotik
Adalah tidak pasti sama ada gromet adalah lagi berkesan daripada profilaksis antibiotik; kami mendapati bukti berkualiti sangat rendah bahawa kaurang kanak-kanak yang dirawat dengan gromet mengalami jangkitan telinga lanjutan pada enam bulan berbanding mereka yang menerima profilaksis antibiotik (antibiotik pencegahan); lima kanak-kanak perlu dirawat dengan gromet untuk memanfaatkan satu orang. Bilangan jangkitan telinga pada enam bulan, walau bagaimanapun, adalah tidak beza secara signifikan di antara kanak-kanak yang dirawat dengan gromet dan mereka yang mendapat profilaksis antibiotik (bukti berkualiti sangat rendah).
Gromet berbanding dengan ubat plasebo
Kami mendapati bukti berkualiti sangat rendah bahawa kurang kanak-kanak yang dirawat dengan gromet mengalamai jangkitan telinga lanjutan pada enam bulan berbanding mereka yang menerima ubat plasebo; tiga kanak-kanak perlu dirawat dengan gromet untuk memanfaatkan satu orang. Bilangan jangkitan telinga pada 6 bulan juga lebih rendah di dalam kumpulan gromet; walau bagaimanapun perbezaanadalah sederhana, dengan kurang satu episod (bukti berkualiti sangat rendah).
Kesan negatif gromet tidak dilaporkan secara sistematik di dalam kajian-kajian tersebut. Dua kajian, masing-masing melaporkan bilangan kanak-kanak dengan perforasi gegendang telinga berterusan; ini berlaku dalam 0% (0/54) dan 4% (3/76) kanak-kanak yang menerima gromet (bukti berkualiti rendah).
Kualiti bukti
Kami menilai kualiti bukti terhadap manfaat dan mudarat perletaktan gromet di dalam kedua-dua telinga untuk kanak-kanak dengan jangkitan telinga tengah akut berulang sebagai rendah hingga sangat rendah akibat batasan kajian (risiko bias) dan saiz sampel yang kecil hingga sangat kecil dalam kajian-kajian yang dimasukkan (membawa kepada anggaran kesan yang tidak tepat). Ini bermakna penemuan ulasan ini patut ditafsirkan dengan berhati-hati memandangkan kesan sebenar gromet di dalam kumpulan kanak-kanak ini mungkin berbeza daripada bilangan yang tunjukkan.
Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.