Perencat PCSK9 untuk pencegahan penyakit kardiovaskular

Soalan penyelidikan

Huraikan keberkesanan dan keselamatan perencat PCSK9 untuk pencegahan penyakit kardiovaskular.

Latar belakang

Walaupun terdapat terapi ubat yang berkesan (statin atau ezetimibe) yang mengurangkan kolesterol ketumpatan rendah (LDL) kolesterol (LDL-C), penyakit kardiovaskular (CVD) masih menjadi satu punca utama kematian dan morbiditi. Pengurangan tambahan LDL-C mungkin diperlukan, terutama bagi pesakit yang tidak responsif kepada, atau tidak dapat menggunakan,terapi pengurangan LDL-C yang sedia ada. Perencatan PCSK9 dihasilkan oleh antibodi monoklon (perencat PCSK9) mungkin mengurangkan tahap LDL-C dan risiko CVD selanjutnya.

Ciri-ciri kajian

Penulis ulasan telah mengenal pasti 20 kajian yang menilai kesan perencat PCSK9 dalam peserta yang berisiko tinggi CVD; kajian telah dijalankan di persekitaran klinik pesakit luar. Penulis ulasan mengenal pasti kajian-kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini melalui carian sastera elektronik yang dijalankan sehingga Mei 2016, dan menambah tiga kajian besar diterbitkan pada Mac 2017.

Keputusan-keputusan utama

Perencat PCSK9 merupakan satu kelas ubat-ubatan yang mengurangkan LDL-C dan mungkin mengurangkan insiden CVD. Kami telah meneliti keputusan 20 kajian, di mana perencat PCSK9 menunjukkan kesan bermanfaat kepada kepekatan kolesterol darah pada enam bulan dan satu tahun susulan. Walaupun magnitud kesan bermanfaat ini berbeza di antara kajian, tetapi semua kajian menunjukkan kesan bermanfaat. Perbandingan perencat PCSK9 dengan tanpa perencat PCSK9, bukti terkini mencadangkan perencat PCSK9 dapat mengurangkan insiden CVD tanpa mempengaruhi insiden mortaliti semua-punca. Perbandingan perencat PCSK9 dengan rawatan alternatif (yang lebih mantap) seperti statin atau ezetimibe, bukti berkualiti tinggi adalah kurang. Perbezaan risiko di antara orang yang dirawat dengan dan tanpa perencat PCKS9 mencadangkan manfaat rawatan mutlak mungkin lebih sederhana (contohnya <1% perubahan dalam risiko).

Kualiti bukti

Kebanyakan kajian rawak terkawal (RCT) yang dimasukkan direka bentuk untuk menerokai perhubungan "biomarkers"; oleh kerana semua kajian dibiaya oleh industri, penilaian GRADE menunjukkan bahawa kualiti bukti adalah sederhana. Untuk perhubungan dengan titik hujung klinikal (kematian dan CVD), kualiti bukti adalah sederhana (perbandingan dengan plasebo) hingga sangat rendah (perbandingan dengan ezetimibe dan statin).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save