Antibiotik untuk batuk atau berdehit persisten akibat bronkiolitis akut dalam kalangan kanak-kanak

Soalan ulasan

Bagaimana antibiotik berbanding plasebo atau tiada rawatan bagi mengurangkan atau merawat simptom respiratori persisten dalam kalangan kanak-kanak akibat bronkiolitis akut?

Latar belakang

Bronkiolitis adalah keadaan paru-paru yang lazimnya mempengaruhi kanak-kanak di seluruh dunia. Kanak-kanak dengan bronkiolitis kerap batuk, sukar bernafas dan bernafas laju dan sukar makan. Antibiotik tidak dipreskrib kecuali sakit yang serius, atau jangkitan bakteria disyaki. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak terus bermasalah (seperti batuk, berdehit) selepas jangkitan akut (>14 hari), meningkatkan risiko beban penyakit berterusan dan kos kepada sistem kesihatan. Kanak-kanak tersebut hadir semula untuk penjagaan perubatan lanjut di dalam komuniti (pengamal am dan pelaksana kesihatan) atau di hospital (jabatan kecemasan). Antibiotk untuk merawat simptom berterusan ini boleh menyingkirkan bakteria di dalam paru-paru dan memperbaiki hasil jangka panjang.

Ciri-ciri Kajian

Kemaskini ulasan ini (sehingga 26 Ogos 2016) menyertakan dua kajian klinikal yang membandingkan antibiotik dengan plasebo untuk kanak-kanak dalam fasa bronkiolitis selepas akut (>14 hari). Kajian pertama dilaporkan dari Turki dan memasukkan 30 bayi berumur tujuh bulan atau lebih muda. Kajian kedua dilaporkan dari Australia dan New Zealand dan memasukkan 249 bayi berumur 24 bulan atau lebih muda. Kedua-dua kajian memulakan rawatan ketika di dalam hospital untuk bronkiolitis dan memberi rawatan susulan untuk enam bulan selepas tinggal di hospital.

Keputusan utama

Kemaskini ulasan ini memasukkan sejumlah dua kajian dengan 249 kanak-kanak (n= 240 dilengkapkan). Kedua-dua kajian menyumbang kepada hasil primari dan sekunder, tetapi kualiti bukti adalah rendah. Pengarang ulasan mendapati tiada perbezaan signifikan di antara kumpulan rawatan untuk hasil primari kami: perkadaran kanak-kanak (n=249) yang mempunyai simptom persisten pada rawatan susulan, dan bilangan kanak-kanak (n=240) yang dimasukkan semula ke hospital dengan penyakit respiratori dalam masa enam bulan; juga untuk hasil sekunder kami: perkadaran kanak-kanak (n=240) dengan bunyi berdehit pada enam bulan. Satu kajian melaporkan rintangan bakteria, tetapi hanya pada 48 jam. Satu kajian melaporkan kejadian buruk yang mana semua kanak-kanak yang telah sembuh dan kekal dalam kajian.

Kualiti bukti

Pada masa ini, bukti sedia ada tidak cukup untuk memaklumkan sama ada antibiotik patut diguna untuk merawat atau mencegah simptom respiratori persisten dalam fasa selepas akut bronkiolitis. Kajian klinikal diperlukan untuk menilai keberkesanan antibiotik dalam mengurangkan simptom respiratori persisten, terutama di negara di mana morbiditi bronkiolitis adalah tinggi (contohnya populasi orang asli).

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save