Golimumab untuk artritis reumatoid

Ringkasan ulasan Cochrane ini membentangkan apa yang kita tahu dari kajian tentang kesan biologics terhadap artritis reumatoid (RA).

Ulasan ini menunjukkan bahawa dalam penghidap artritis reumatoid;

-Golimumab memulihkan bilangan sendi bengkak dan hasil lain seperti kesakitan dan ketidakupayaan (ACR 50).

-Golimumab meningkatkan bilangan orang dalam keadaan remisi.

-Sedikit lebih ramai orang yang mengambil Golimumab akan mempunyai kesan-kesan sampingan yang kecil (seperti jangkitan kecil), tetapi ini mungkin hasil daripada peluang. Tidak terdapat perbezaan dalam bilangan orang yang akan mengalami peristiwa buruk yang serius, berbanding dengan orang-orang yang mengambil plasebo. 

Kami tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kesan sampingan dan komplikasi. Ini terutamanya benar untuk kesan sampingan yang serius tetapi yang jarang berlaku. Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk jangkitan yang serius atau jangkitan saluran pernafasan. Komplikasi yang jarang berlaku mungkin termasuk beberapa jenis kanser.

Apakah artritis reumatoid (RA) dan apakah itu golimumab?

Apabila anda mengalami artritis rheumatoid, sistem imun anda yang biasanya melawan jangkitan, menyerang lapisan sendi anda lalu membuatnya keradangan. Keradangan ini menyebabkan sendi anda menjadi panas, bengkak, kaku dan sakit. Sendi-sendi kecil pada tangan dan kaki biasanya terjejas dahulu.  Jika keradangan dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kerosakan sendi.  Sebaik sahaja bahagian sendi rosak ia tidak boleh dibaiki, oleh itu merawat artritis reumatoid secara awal adalah penting.

Golimumab adalah satu ubat biologic yang anti faktor tumor nekrosis (TNF)- alpha.  Biologics adalah satu kumpulan ubat-ubatan yang menyekat sistem imun dan mengurangkan keradangan dalam sendi.  Walaupun dengan menindas sistem imun boleh menjadikan ia lebih sukar untuk melawan jangkitan, ia juga membantu untuk menstabilkan sistem imun yang terlalu aktif. Dengan mengurangkan keradangan, tujuannya adalah untuk membantu mencegah kerosakan kepada sendi.  Golimumab diberikan dalam bentuk satu suntikan sekali dalam sebulan.

Anggaran yang terbaik dari apa yang berlaku kepada penghidap artritis reumatoid yang mengambil golimumab:

ACR 50 (bilangan sendi yang sakit atau bengkak serta masalah lain seperti sakit dan hilang upaya)

-Lebih 23 orang daripada 100 orang mengalami pengurangan simptom artritis rheumatoid selepas pengambilan golimumab selama 14-24 bulan (penambahbaikan mutlak sebanyak 23%)

-38 orang daripada 100 yang mengambil golimumab mengalami penambahbaikan.

-15 orang daripada 100 yang mengambil plasebo mengalami penambahbaikan.

Remisi penyakit

-18 orang lebih daripada 100 dianggap berada dalam remisi selepas minggu 14-24 dengan golimumab (18% penambahbaikan mutlak).

-22 orang daripada 100 dianggap berada dalam remisi dengan golimumab.

-4 orang daripada 100 dianggap berada dalam remisi dengan plasebo.

 Orang-orang yang tercicir dari kajian atas sebarang sebab

-5 orang kurang daripada 100 yang mengambil golimumab tercicir dari kajian atas sebarang sebab.  (2% perbezaan mutlak)

-5 orang daripada 100 yang mengambil golimumab tercicir dari kajian atas sebarang sebab.

-10 orang daripada 100 yang mengambil plasebo tercicir dari kajian atas sebarang sebab.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my

Tools
Information