Cermin mata untuk mengelakkan juling mata (strabismus) di kalangan kanak-kanak yang rabun dekat

Apakah tujuan ulasan ini?
Untuk mengetahui jika pemakaian cermin mata oleh kanak-kanak yang rabun dekat akan mengelakkan juling (strabismus) dan kesan yang berkaitan daripada terjadi.

Mesej utama
Bukti terkini tidak menyokong kesimpulan bahawa cermin mata mencegah strabismus dalam kanak-kanak yang rabun dekat, atau yang memakai gelas mengelakkan "mata-malas" (ambliopia). Bukti ini adalah terhad disebabkan oleh beberapa bahagian kajian yang tidak dilakukan sebaik mungkin dan bilangan peserta kajian yang kecil.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?
Infan biasanya dilahirkan dengan rabun dekat, bermakna mereka hanya mempunyai penglihatan yang jelas pada jarak yang jauh. Semakin kanak-kanak tersebut membesar, mata mereka juga membesar di mana mereka boleh melihat dengan jelas pada jarak dekat dan jauh. Kira-kira 9% daripada kanak-kanak kekal rabun dekat. Seorang rabun dekat bermakna kanak-kanak tersebut perlu menggunakan usaha yang sangat besar untuk memberi fokus kepada objek yang dekat. Tindakan ini boleh menyebabkan simptom, seperti sakit kepala, objek kelihatan berganda , dan kekangan mata , serta menyebabkan kesukaran melakukan perkara yang dekat, seperti membaca. Kanak-kanak yang kekal rabun dekat adalah lebih tinggi kebarangkalian untuk mendapat juling (strabismus) membanding dengan kanak-kanak yang mempunyai penglihatan yang normal, yang mungkin berlaku dalam 3.5% hingga 5.7% kanak-kanak, atau 10% hingga 20% kanak-kanak dengan keadaan rabun dekat. Strabismus menyukarkan mata untuk memberi fokus. Ia dianggap bahawa kira-kira 50% daripada kanak-kanak dengan strabismus mendapat ambliopia, yang bermaksud seorang kanak-kanak tidak boleh mendapatkan penglihatan yang jelas walaupun menggunakan cermin mata. Persepsi kedalaman, atau bagaimana dua objek yang berkaitan antara satu sama lain dalam ruang, sering terjejas juga. Doktor sering menetapkan cermin mata untuk menghalang strabismus dan masalah berkaitan yang lain di kalangan kanak-kanak yang rabun dekat, tetapi ia tidak jelas sama ada kaca mata itu sendiri boleh menghalang mata daripada membesar secara normal.

Apakah keputusan utama ulasan ini?
Kami mengenal pasti keputusan daripada empat kajian kawalan rawak (kajian klinikal di mana orang secara rawak dimasukkan ke dalam salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) untuk menentukan sama ada cermin mata berjaya mencegah strabismus dalam infan yang rabun jauh berbanding dengan tiada cermin mata. Kajian telah melibatkan bayi berumur enam bulan hingga kurang daripada 36 bulan dan hasil keputusan diukur antara tempoh tiga dan empat tahun. Empat kajian ini melibatkan sebanyak 985 infan. Kami mendapati bukti yang tidak jelas mengenai perbezaan antara dua kumpulan dalam kekerapan strabismus berlaku dalam tempoh susulan. Kami juga mendapati bukti yang tidak jelas sama ada preskripsi cermin mata menjejaskan persepsi kedalaman atau menghalang mata daripada membesar secara semulajadi untuk mendapat penglihatan yang jelas. Kami mempunyai keyakinan yang rendah terhadap penemuan ini kerana beberapa bahagian kajian tidak dapat dijalankan dengan baik dan bilangan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian adalah kecil.

Setakat manakah ulasan ini dikemaskini?
Disember 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faizul Fitri Mat Nazri (RCS&UCD Malaysia Campus, Penang) dan disunting oleh Chan MW (RCSI&UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information