Formula susu yang dicairkan berbanding formula susu kekuatan penuh bagi bayi pramatang atau berat lahir rendah yang diberikan susu formula eksklusif (hanya susu formula).

Bayi yang lahir pramatang (kurang daripada 37 minggu kehamilan) atau dengan berat lahir yang rendah (kurang daripada 2500 gram) mempunyai keperluan penyusan khas. Bayi pramatang sering diberi susu formula kerana susu ibu tidak semestinya sentiasa ada. Pemberian susu formula berbeza dengan ketara dalam kalangan bayi pramatang dan terdapat kebimbangan bahawa memperkenalkan formula kekuatan penuh terlalu awal boleh membawa kepada pengekalan penyusuan didalam perut yang ada kaitan dengan tidak bertoleransi penyusuan dan gangguan usus yang teruk iaitu, necrotising enterocolitis. Kajian ini melihat sama ada susu formula cair adalah lebih berkesan daripada formula susu kekuatan penuh dalam memulakan penyusuan bagi bayi pramatang. Bukti kajian semula ini adalah terkini sehingga Februari 2013. Tiga kajian terlibat dalam kajian semula ini, satu kajian adalah kecil, berkualiti rendah dengan 50 bayi pramatang; kajian kedua juga kecil, berkualiti sederhana dengan 38 bayi pramatang dan kajian ketiga adalah sangat kecil dengan kualiti yang tidak jelas dalam 14 bayi pramatang. Kajian-kajian mendapati bahawa bayi yang menerima formula cair mencapai pengambilan tenaga penuh lebih awal dari bayi yang menerima formula kekuatan penuh (20 kcal/oz) dan mengalami kurang episod tidak bertoleransi penyusuan. Kekurangan data tentang hasil penting lain, seperti kejadian 'necrotising enterocolitis' dan kenaikan berat badan, menghadkan kegunaan kajian ini dan menyerlahkan isu yang perlu diberi perhatian untuk kajian di masa depan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save