Formula susu yang dicairkan berbanding formula susu kekuatan-penuh bagi bayi pramatang atau berat lahir rendah yang diberikan susu formula eksklusif (hanya susu formula)

Soalan ulasan
Adakah susu formula yang dicairkan (cth. separuh kekuatan pada jumlah berganda) lebih baik diterima daripada susu formula penuh-kekuatan dalam pemakanan awal bayi pramatang untuk susu ibu yang tidak boleh didapati?

Latar belakang
Bayi yang lahir pramatang (kurang daripada 37 minggu kehamilan) atau dengan berat lahir yang rendah (kurang daripada 2500 gram) mempunyai keperluan penyusan khas. Susu ibu yang di perah adalah pilihan, tetapi bayi pramatang sering diberi susu formula kerana susu ibu tidak semestinya sentiasa ada. Pemberian susu formula berbeza dengan ketara dalam kalangan bayi pramatang dan terdapat kebimbangan bahawa memperkenalkan formula kekuatan penuh terlalu awal boleh menyebabkan pengekalan penyusuan didalam perut yang ada kaitan dengan penyusuan tidak diteloransi dan enterokolitis necrotising, satu penyakit usus yang teruk.

Ciri-ciri kajian
Bukti untuk ulasan ini adalah terkini sehingga 1 Oktober 2018. Kami memasukkan tiga kajian yang berbanding susu formula cair (separuh kekuatan, jumlah dua kali ganda) dengan susu formula penuh kekuatan. Kajian melibatkan 102 bayi pramatang atau kelahiran berat badan rendah ; dua telah dijalankan di Amerika Syarikat dan satu di India. Kajian-kajian adalah kecil (14, 38 dan 50 bayi, masing-masing) dan dijalankan di antara 25 dan 30 tahun yang lalu. Kualiti dua kajian dinilai kurang baik kerana maklumat yang tidak mencukupi disediakan dalam penerbitan kajian, tetapi dinilai sebgai sederhana dalam kajian ketiga (38 bayi). Tiada satu kajian pun menilai enterokolitis necrotising sebagai sebuah hasil.

Keputusan-keputusan utama
Bayi yang menerima formula cair (separuh- kekuatan, jumlah dua kali ganda) mengalami kurang episod tidak penyusuan tidak ditoleransi dan mencapai pengambilan tenaga penuh lebih awal dari bayi yang menerima formula kekuatan penuh (20 kcal/oz (~ 68 to 70 kcal/100 mL)).

Penyusuan tidak ditoleransi
Dua langkah untuk penyusuan tidak ditoleransi (distensi perut dan episod sisa gastrik) dilaporkan di seluruh kajian. Dua ujian (88 bayi) membekalkan data untuk distensi perut dan sisa gastrik. Bayi makan formula mengalami 19% (CI 16% hingga 23%) Kurang episod distensi perut (> 2 cm), bersamaan dengan 0.67 episod bagi setiap bayi dalam kumpulan separuh-kekuatan berbanding dengan 0.83 episod dalam kumpulan kekuatan penuh. Tidak mungkin untuk menggabungkan data pada sisa gastrik tetapi kedua-dua ukaian melaporkan beberapa episod sisa gastrik dalam kumpulan formula cair. Kajian ketiga (14 bayi) hanya melaporkan bahawa tidak ada perbezaan antara kumpulan berkenaan dengan dua hasil.

Masa untuk memulakan pemakanan penuh
Dalam dua kajian (88 bayi) bayi yang menerima daripada formula cair mengalami 22% (CI 16% hingga 28%) pengurangan dalam bilangan hari yang diperlukan untuk mencapai pengambilan tenaga yang mencukupi (420 joules/kilogram), bersamaan 8 hari dalam kumpulan separuh- kekuatan berbanding 10.3 hari di kumpulan kekuatan penuh.

Kepastian bukti
Dalam bayi pramatang atau bayi berat lahir rendah yang diberi susu formula secara eksklusif, bukti ketara yang rendah menunjukkan bahawa formula yang dicairkan boleh mengakibatkan pengurangan yang penting dalam masa yang diambil untuk mencukupi keperluan bendalir dan tenaga enteral yang mencukupi, tanpa meningkatkan penunjuk penyusuan tidak ditoleransi. Kepentingan klinikal dalam pengurangan episod penyusuan tidak ditoleransi adalah tidak jelas. Penemuan ini adalah bedasarkan kepada tiga kajian lama yang kecil yang mungkin kurang berkaitan dengan amalan semasa. Kekurangan data tentang hasil penting lain, seperti kejadian 'necrotising enterocolitis' dan kenaikan berat badan, menghadkan kegunaan kajian ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee. DIkemaskini oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save