Insulin detemir berbanding dengan insulin glargine untuk penyakit kencing manis (jenis 2)

Kedua-dua analog insulin jangka panjang (insulins tiruan), insulin detemir atau insulin glargine berbeza dari segi mekanisme mereka untuk mencapai tindakan yang berlarutan, yang membawa kepada perbezaan dalam kawalan dan keselamatan hasil gula. Beberapa kajian telah membandingkan insulin detemir atau insulin glargine dengan insulin NPH (Neutral Protamin Hagedorn). Penyelidikan secara langsung membandingkan kedua-dua analog insulin jangka panjang adalah terhad.

Matlamat kami adalah untuk mengkaji secara sistematik tentang keberkesanan dan keselamatan insulin detemir dan insulin glargine dalam kajian dalam rawatan penyakit kencing manis (jenis 2).

Empat kajian telah diselidik dengan sejumlah 2250 orang. Tempoh kesemua kajian adalah di antara 24 hingga 52 minggu. Secara keseluruhannya, risiko berat sebelah adalah tinggi dalam kajian yang dinilai. Analisis kami daripada ujikaji jangka pertengahan membandingkan insulin detemir dengan insulin glargine menunjukkan bahawa kedua-dua insulin mempunyai kesan yang sama dalam mencapai dan mengekalkan kawalan gula (terglikosilat hemoglobin A1c (HbA1c). Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan, pada waktu malam dan tahap keterukan hipoglisemia jika membandingkaninsulin detemir dengan insulin glargine. Insulin detemir dikaitkan dengan pengurangan berat badan yang ketara (satu kajian menunjukkan perbezaan 0.9 kg). Rawatan dengan insulin glargine menyebabkan dos insulin asal harian menjadi lebih rendah dan kurang bilangan tindak balas di tempat suntikan (1.8% daripada pesakit yang dirawat dengan insulin detemir berbanding 0.4% daripada pesakit yang dirawat dengan insulin glargine mempunyai tindak balas di tempat suntikan).

Tidak ada perbezaan dalam kepelbagaian paras gula berpuasa atau kepelbagaian nilai gula profil 24 jam antara kedua-dua kumpulan rawatan.

Daripada kajian yang didapati, kesimpulan tidak dapat dibuat mengenai kesan kedua-dua insulin berkaitan kualiti hidup, kos atau pada bilangan kematian. Hanya satu kajian yang melaporkan keputusan terhadap kualiti hidup kesihatan dan ia menunjukkan tiada perbezaan yang ketara di antara kumpulan rawatan.

Analisis kami menunjukkan bahawa tiada perbezaan klinikal yang relevan dalam keberkesanan atau keselamatan antara penggunaan insulin detemir dan insulin glargine untuk merawat penyakit kencing manis (jenis 2). Walau bagaimanapun, untuk mencapai kawalan gula yang sama, insulin detemir sering disuntik dua kali sehari dalam dos yang lebih tinggi tetapi dengan kurang kenaikan berat badan, manakala insulin glargine hanya disuntik sekali sehari, dengan tindak balas di tempat suntikan yang agak kurang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save