Perencat enzim penukaran angiotensin dan antagonis reseptor angiotensin-II untuk mencegah perkembangan penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh penyakit kencing manis.

Penyakit buah pinggang terbentuk dalam 25% hingga 40% pesakit diabetik, biasanya 20 hingga 25 tahun selepas bermulanya diabetes. Kira-kira sepertiga penghidap penyakit buah pinggang akibat diabetis (DKD) akan progres ke peringkat akhir penyakit buah pinggang (ESKD) dan memerlukan dialisis jangka panjang atau mungkin perlu menerima pemindahan buah pinggang. Ramai pesakit mati disebabkan oleh penyakit arteri koronari atau sebab-sebab kardiovaskular yang lain sebelum bermulanya ESKD. Ubat antihipertensi telah menunjukkan manfaat tidak hanya untuk jantung tetapi juga memberi perlindungan kepada buah pinggang dengan memperlahankan progres DKD kepada ESKD. Dua ubat khususnya telah dianggap sama berkesan untuk pesakit dengan DKD - iaitu perencat enzim penukaran angiotensin (ACEI) dan antagonis reseptor angiotensin-II (AIIRA). Walau bagaimanapun, kajian telah memberi tumpuan kepada perlindungan buah pinggang dan bukannya kadar kematian. Tujuan ulasan ini adalah untuk menilai manfaat dan kemudaratan atau terapi ACEI dan AIIRA dalam pesakit dengan DKD. Lima puluh kajian (13,215 pesakit) telah dikenal pasti membandingkan ACEI dengan plasebo, AIIRA dengan plasebo dan ACEI dengan AIIRA. Risiko kematian daripada sebarang punca tidak dikurangkan dengan ketara dengan penggunaan ACEI berbanding plasebo, AIIRA berbanding plasebo atau ACEI berbanding AIIRA. Namun, apabila kita melihat kajian yang menggunakan dos maksimum ACEI dan berbanding dos rendah yang digelarkan sebagai dos buah pinggang, terdapat pengurangan yang ketara dalam risiko kematian disebabkan oleh sebarang punca. Kami tidak dapat menentukan ubat mana yang memberikan perlindungan lebih baik kerana kurangnya kajian perbandingan secara langusung.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information