Intervensi di tempat kerja untuk menyokong penyusuan susu ibu bagi wanita bekerja

Tiada kajian untuk mengatakan jika program-program khusus di tempat kerja membantu untuk meningkatkan tempoh penyusuan

Penyusuan susu ibu bermanfaat kepada ibu-ibu dan bayi mereka. Bagaimanapun, ibu-ibu yang bekerja berkemungkinan akan kembali bekerja lebih awal selepas bersalin kerana pelbagai sebab. Jika tidak mendapat sokongan majikan,mereka akan dipisahkan daripada bayi mereka, menghadapi kesukaran mengeluarkan dan menyimpan susu dan seterusnya tidak dapat mengekalkan penyusuan. Program-program di tempat kerja boleh membantu wanita untuk terus menyusui, dan sesetengah program boleh membantu wanita untuk memulakan penyusuan ibu. Dengan menggalakkan dan menyokong program-program ini, majikan mungkin mempunyai pengaruh ke atas jangkamasa penyusuan (termasuklah penyusuan eksklusif) dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan ibu dan bayi, tetapi juga manfaat daripada ketidakhadiran kerja, produktiviti yang tinggi dan peningkatan moral dan pengekalan pekerja. Kajian ini bertujuan untuk menilai program tempat kerja yang menggalakkan penyusuan ibu di kalangan wanita berkerjaya yang kembali bekerja selepas melahirkan anak. Tidak ada ujian terkawal rawak dikenal pasti yang menilai intervensi kesihatan awam yang penting ini di tempat kerja. Kajian adalah diperlukan untuk menilai kesan intervensi tempat kerja (termasuk taska dan pusat asuhan kanak-kanak) yang menyokong atau memudahkan penyusuan susu ibu dari segi kesinambungan, tempoh dan penyusuan eksklusif untuk wanita bekerjaya yang kembali bekerja semula selepas melahirkan anak.

Kesimpulan penulis: 

Tiada kajian yang menilai keberkesanan intervensi di tempat kerja dalam mempromosikan penyusuan susu ibu dalam kalangan wanita yang kembali bekerja selepas melahirkan anak. Kesan intervensi tersebut terhadap hasil proses juga tidak diketahui. Kajian rawak terkawal diperlukan untuk menentukan manfaat daripada pelbagai intervensi di tempat kerja untuk menyokong, menggalak dan mempromosi penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu yang berkerja.

Baca abstrak penuh ...
Latar belakang: 

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kadar penglibatan wanita dalam tenaga kerja telah meningkat. Sesetengah daripada mereka mungkin akan hamil semasa dalam pekerjaan dan seterusnya melahirkan anak. Kebanyakannya mungkin akan memutuskan untuk kembali bekerja lebih awal selepas bersalin kerana pelbagai sebab. Kecuali ibu-ibu ini mendapat sokongan daripada majikan dan rakan sekerja , mereka berkemungkinan akan berhenti menyusukan anak apabila kembali bekerja Akibatnya, tempoh dan eksklusif penyusuan kepada bayi yang berusia seperti disyorkan akan terjejas.

Persekitaran tempat kerja boleh memainkan peranan positif untuk menggalakkan penyusuan susu ibu. Terdapat pelbagai sokongan intervensi tempat kerja untuk wanita yang kembali bekerja and ini sepatutnya tidak boleh diabaikan oleh majikan. Yang jelas, penggalakan penyusuan susu ibu di tempat kerja mempunyai manfaat kepada ibu, bayi dan juga majikan.

Objektif: 

Untuk menilai keberkesanan intervensi di tempat kerja bagi menyokong dan menggalakan penyusuan susu ibu dalam kalangan wanita yang kembali bekerja selepas melahirkan anak mereka, dan kesannya ke atas hasil proses yang berkaitan dengan pekerja dan majikan.

Strategi carian: 

Kami membuat pencarian di Cochrane Pregnancy and Childbirth Group's Trials Register (2 Ogos 2012)

Kriteria pemilihan: 

Dua penulis secara berasingan menilai semua kajian yang telah dikenal pasti untuk kajian rawak terkawal serta kajian rawak quasi terkawal yang membandingkan antara intervensi dan tiada intervensi di tempat kerja atau antara dua atau lebih intervensi berlainan di tempat kerja.

Pengumpulan data dan analisis: 

Dua penyelidik merancang untuk menilai kualiti metodologi ujian yang layak dan mengambil data.

Keputusan utama: 

Tidak ada ujian rawak terkawal atau ujian quasi-rawak terkawal yang dikenal pasti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Rafidah Hanim Shomiad @ Shueb (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi hanimkk@usm.my. Disunting oleh Norhayati Mohd. Noor (Universiti Sains Malaysia; hayatikk@usm.my) dan Nai Ming Lai (Taylor's University Lakeside Campus; lainm123@gmail.com).

Tools
Information
Share/Save