Suntikan kortikosteroid sendi untuk osteoartritis lutut

Soalan ulasan

Kami telah mencari sastera-sastera sehingga 3 Februari 2015 dengan kajian kesan ke atas kesakitan, fungsi, kualiti hidup dan keselamatan kortikosteroid intra-artikular (disuntik ke dalam sendi) berbanding dengan suntikan palsu atau tiada rawatan pada pesakit dengan osteoartritis lutut.

Latar belakang

Osteoarthritis adalah sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kehilangan tulang rawan dalam sendi seperti lutut. Apabila sendi kehilangan tulang rawan, badan akan bertindak balas dengan menumbuh tulang yang tidak normal dan ini boleh mengakibatkan tulang menjadi , serta membuat sendi jadi sakit dan tidak stabil. Ini boleh menjejaskan fungsi fizikal dan keupayaan untuk menggunakan sendi tersebut.

Walaupun osteoartritis biasanya dianggap sebagai degeneratif lebih daripada asal-usul keradangan, satu komponen keradangan akan muncul pada masa ke masa. Kortikosteroid intra-artikular adalah ejen anti-radang yang berkesan apabila disuntik ke dalam sendi lutut.

Ciri-ciri kajian

Selepas mencari semua kajian yang berkaitan sehingga 3 Februari 2015, kami mendapati 27 ujian rawak terkawal dengan jumlah peserta 1767, bertempoh antara dua minggu hingga satu tahun.

Keputusan utama

Kesakitan

• Orang yang menerima kortikosteroid intra-artikular menilai peningkatan dalam kesakitan mereka kira-kira 3 pada skala 0 (tiada sakit) hingga 10 (kesakitan yang keterlaluan) selepas 1 bulan.
• Orang yang menerima plasebo menilai peningkatan dalam kesakitan mereka kira-kira 2 pada skala 0 (tiada sakit) hingga 10 (kesakitan yang keterlaluan) selepas 1 bulan.

Cara lain mengatakannya adalah:
• 44 orang daripada 100 yang menerima kortikosteroid intra-artikular bertindak balas terhadap rawatan (44%).
• 31 orang daripada 100 yang menerima plasebo bertindak balas terhadap rawatan (31%).
• 13 lebih orang yang bertindak-balas kepada rawatan dengan kortikosteroid intra-artikular daripada placebo (perbezaan sebanyak 13%).

Ambil perhatian bahawa nombor-nombor tersebut mungkin diagak lebih tinggi daripada manfaat sebenarnya kerana bukti-bukti adalah berkualiti rendah.

Fungsi fizikal

• Orang yang menerima kortikosteroid intra-artikular menilai peningkatan dalam fungsi fizikal mereka kira-kira 2 pada skala 0 (tiada kecacatan) hingga 10 (kecacatan yang keterlaluan) selepas 1 bulan.
• Orang yang menerima plasebo menilai peningkatan dalam fungsi fizikal mereka kira-kira 1 pada skala 0 (tiada kecacatan) hingga 10 (kecacatan yang keterlaluan) selepas 1 bulan.

Cara lain mengatakannya adalah:

• 36 orang daripada 100 yang menerima kortikosteroid intra-artikular bertindak balas terhadap rawatan (36%).
• 26 orang daripada 100 yang menerima plasebo bertindak balas terhadap rawatan (26%).
• 10 lebih orang yang bertindak-balas kepada rawatan dengan kortikosteroid intra-artikular daripada Placebo (perbezaan sebanyak 10%).

Ambil perhatian bahawa nombor-nombor tersebut mungkin diagak lebih tinggi daripada manfaat sebenarnya kerana bukti-bukti adalah berkualiti rendah.

Kesan sampingan

• 13 orang daripada 100 yang menggunakan kortikosteroid intra-artikular mengalami kesan sampingan (13%).
• 15 orang daripada 100 yang menggunakan plasebo mengalami kesan sampingan (15%).
• 2 lebih orang yang mengalami kesan-kesan sampingan dengan menggunakan plasebo berbanding dengan kortikosteroid intra-artikular(perbezaan sebanyak 2%).

Orang menarikkan diri daripada kajian kerana kesan-kesan sampingan

• 6 orang daripada 1000 yang menggunakan kortikosteroid intra-artikular menarikkan diri kerana kesan-kesan sampingan (0.6%).
• 17 orang daripada 1000 yang menggunakan plasebo menarikkan diri kerana kesan-kesan sampingan (1.7%).
• 11 lebih orang yang menarikkan diri kerana kesan-kesan sampingan selepas menggunakan plasebo berbanding dengan kortikosteroid intra-artikular (perbezaan sebanyak 1.1%).

Kesan-kesan sampingan yang mengakibatkan kemasukan hospital, hilang upaya yang berterusan atau kematian

• 3 orang daripada 1000 yang menggunakan kortikosteroid intra-artikular mengalami kesan-kesan sampingan yang mengakibatkan kemasukan hospital, hilang upaya yang berterusan atau kematian (0.3%).
• 4 orang daripada 1000 yang menggunakan plasebo mengalami kesan-kesan sampingan yang mengakibatkan kemasukan hospital, hilang-upaya yang berterusan atau kematian(0.4%).
• 1 lebih orang yang mengalami kesan-kesan sampingan yang mengakibatkan kemasukan hospital, hilang upaya yang berterusan, atau kematian dengan menggunakan placebo berbanding dengan kortikosteroid intra-artikular (perbezaan sebanyak 0.1%).

Berdasarkan bukti, kortikosteroid intra-artikular boleh menyebabkan peningkatan yang sederhana dalam kesakitan dan peningkatan yang kecil dalam fungsi fizikal, tetapi kualiti bukti adalah rendah dan tidak mempunyai satu keputusan yang kukuh. Kortikosteroid intra-artikular nampaknya akan menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti plasebo. Tetapi kami tidak mempunyai maklumat yang tepat dan boleh dipercayai tentang kesan-kesan sampingan.

Kualiti bukti

Kami gred kualiti bukti sebagai rendah bagi semua penemuan kami dan ini bermaksud bahawa kami hanya mempunyai sedikit keyakinan dalam keputusan ini. Ini adalah kerana keputusan secara umum daripada semua kajian sangat tidak sepadan dan berdasarkan kajian kecil yang berkualiti rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Lee.PeiYee@student.imu.edu.my

Tools
Information