Erythropoietin awal berbanding lewat untuk mencegah pemindahan sel darah merah dalam bayi pramatang dan/atau bayi yang lahir dengan kurang berat

Bilangan sel darah merah berkurangan selepas kelahiran dalam bayi pramatang kerana kerosakan semulajadi sel darah merah dan tumpah darah . Tahap rendah erythropoietin (EPO), satu bahan dalam darah yang merangsang penghasilan sel darah merah dalam bayi pramatang, memberikan rasional bagi penggunaan EPO untuk mencegah atau merawat anemia. Sejumlah 262 bayi kelahiran pramatang telah dimasukkan dalam dua kajian yang membandingkan pemberian EPO awal dan lewat untuk mencegah tranfusi darah. Tiada faedah yang boleh dilihat mengenai pemberian EPO awal berbanding pemberian lewat yang berkaitan dengan pengurangan dalam penggunaan transfusi sel darah merah, jumlah transfusi, bilangan sel merah yang ditransfusikan atau jumlah pendedahan penderma bagi setiap bayi. Walau bagaimanapun, pemberian EPO awal berbanding dengan pemberian EPO lewat meningkatkan risiko retinopati pramatang, satu komplikasi serius dalam bayi yang lahir pramatang. Pada masa ini, terdapat kekurangan bukti bahawa salah satu rawatan memberi sebarang faedah yang besar berhubung dengan apa-apa pendedahan darah penderma, kerana kebanyakan bayi yang mendaftar dalam kedua-dua kajian telah terdedah kepada darah penderma sebelum dimasukkan ke dalam kajian, dan EPO awal meningkatkan risiko retinopati pramatang. Kedua-dua pemberian EPO awal atau lewat adalah tidak disyorkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information