Ubat statin untuk pencegahan primer penyakit kardiovascular.

Penyakit kardiovaskular terdiri daripada serangan jantung, angina pektoris dan strok, merupakan punca utama yang boleh membawa kematian dan morbiditi di seluruh dunia. Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah merupakan faktor risiko yang penting. Oleh itu, menurunkan tahap kolesterol dalam darah boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Statin - ubat yang boleh mengurangan (seperti simvastatin, pravastatin, atorvastatin) menjadi rawatan pilihan. Sejak kajian klinikal rawak statin dilaporkan dalam tahun 1990an, beberapa tinjauan kesan statin telah diterbitkan menunjukan faedahnya terutama untuk mereka yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular. Antaranya termasuklah mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Statin telah menunjukkan penurunan risiko pertama kali penyakit kardiovasular bagi mereka yang berisiko tinggi (pencegahan primer) namun maklumat mengenai kesan sampingannya belum pernah dilaporkan sepenuhnya. Kemaskini tinjauan sistematik ini bertujuan menilai kesan statin dalam aspek manfaat dan kesan sampingannya bagi pencegahan primer penyakit kardiovaskular. Kami membuat carian dari Daftar Pusat Kajian Klinikal Terkawal Cochrane (CENTRAL), MEDLINE dan EMBASE sehingga tahun 2001. Terdapat 18 kajian klinikal terkawal dengan 19 cabang kajian (56,934 pesakit) yang direkod dari tahun 1994 hingga 2008. Kesemua adalah kajian klinikal terkawal membandingkan statin dengan rawatan biasa atau plasebo. Umur purata pesakit adalah 57 tahun ( 28-97 tahun), 60.3% adalah lelaki dan daripada lapan kajian yang melaporkan etnik, 85.9% adalah Kaukasia. Tempoh rawatan minimum adalah satu tahun dan rawatan susulan adalah minimum enam bulan. Kesemua penyebab mortaliti, peristiwa kematian atau tidak yang berpunca daripada penyakit kardiovascular dapat dikurangkan dengan pengambilan statin dan keperluan untuk vaskularisasi semula (memulihkan bekalan darah yang cukup kepada jantung)secara pembedahan (graf pintasan arteri koronari) atau dengan angioplasti (PTCA). Daripada 1000 orang yangdirawatdengan statin selama lima tahun, 18 orang dapat mengelakkan penyakit kardiovaskular dan ini adalah setanding dengan rawatan lain untuk mencegah penyakit kardiovaskular. Pengambilan statin tidak meningkatkan risiko kesan sampingan seperti kanser. Statin berkemungkinan lebih kos efektif dalam pencegahan primer.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ramnavinder Singh (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi ramnavinder89@gmail.com.

Tools
Information