Rawatan antibiotik awal untuk perlindungan patogen ‘atipikal’ bagi pneumonia jangkitan komuniti dalam kalangan dewasa di hospital

Pneumonia adalah jangkitan paru-paru serius yang sering dirawat dengan antibiotik. Bakteria yang menyebabkan pneumonia jangkitan komuniti (CAP, pneumonia yang dijangkiti di luar persekitaran penjagaan kesihatan) terbahagi kepada ‘tipikal’ dan ‘atipkal’ yang memerlukan rawatan antibiotik yang berbeza. Bakteria atipikal termasuk: Legionella pneumophila (L. pneumophila), Mycoplasma pneumoniae (M . pneumoniae) dan Chlamydia pneumoniae(C. pneumoniae). Agen ‘tipikal’ utama menyebabkan CAP adalah Streptococcus pneumoniae (S. pneumoniae). Biasanya adalah mustahil untuk menentukan bakteria mana yang berpotensi menyebabkan CAP, agar rawatan antibiotik yang empirik melindungi kedua-dua bakteria tipikal dan atipikal. Walaupun perlindungan tipikal penting, keperluan atipikal masih belum terbukti. Di dalam versi ulasan terdahulu, kami menunjukkan tiada kelebihan untuk perlindungan bakteria atipikal. Oleh kerana garis panduan semasa untuk rawatan pneumonia dan bukti sedia ada tidak konsistenan, kami mengambil langkah mengemaskini kajian sistematik ini.

Ulasan Cochrane ini melihat kajian-kajian yang membandingkan rejim antibiotik perlindungan atipikal dengan rejim yang tidak, terhad kepada orang dewasa dengan CAP dihospital. Kami memasukkan 28 kajian melibatkan 5939 pesakit. Bagi rejimen yang diuji, tiada kelebihan rejimen-rejimen perlindungan bakteria atipikal di dalam hasil major yang diuji - mortaliti dan efikasi klinikal. Tiada perbezaan signifikan di antara kedua-kedua kumpulan dalam kekerapan peristiwa buruk atau kumpulan yang perlu menamatkan rawatan. Walau bagaimanapun, masalah gastrousus kurang lazim dalam lengan atipikal.

Terdapat pembatasan di dalam ulasan ini kerana satu kajian tunggal membandingkan penambahan antibiotik atipikal kepada antibiotik tipikal, persoalan utama dalam amalan klinikal; kebanyakan kajian membandingkan antibiotik atipikal tunggal dengan antibiotik tipikal tunggal. Tujuh belas daripada 27 kajian adalah label terbuka, 21 daripada 27 kajian ditaja oleh syarikat farmaseutikal kecuali satu kajian dijalankan oleh pengilang antibiotik atipikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi muhammadzakihilmi@gmail.com

Tools
Information