Terapi pergerakan akibat kekangan bagi rawatan anggota atas dalam kalangan kanak-kanak dengan palsi serebral unilateral.

Soalan ulasan

Adakah terapi pergerakan akibat kekangan (CIMT) dapat memperbaiki penggunaan lengan dan tangan dalam kalangan kanak-kanak dengan palsi serebral (CP) unilateral?

Apakah matlamat ulasan ini?

Untuk mengetahui jika CIMT membantu kanak-kanak dengan CP unilateral (hemiplegia) menggunakan tangan mereka dengan lebih berkesan.

Mesej-mesej utama

CIMT mungkin berfungsi lebih baik berbanding terapi anggota atas lain yang dilakukan dengan intensiti rendah (dos rendah) untuk memperbaiki keupayaan kanak-kanak menggunakan kedua-dua tangan serentak. CIMT dilihat tidaklah lebih berkesan berbanding terapi anggota atas lain yang dilakukan dengan dos yang tinggi atau dos yang sama. CIMT kelihatan selamat. Penyelidikana dengan reka bentuk lebih baik diperlukan untuk membuat kesimpulan yang kukuh.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Kanak-kanak dengan CP unilateral sukar menggunakan kedua-dua belah tangan serentak. Kebanyakan aktiviti harian memerlukan penggunaan kedua-dua tangan bersama, oleh itu doktor menggunakan CIMT untuk membantu kanak-kanak dengan CP unilateral memperbiki keupayaan anggota atas. Tiada sesuatu jenis CIMT, walaupun ia selalu melibatkan sejenis kekangan (contohnya sarung tangan, abduh, kas) pada lengan yang kurang terjejas, disertakan dengan terapi intensif bagi lengan yang lebih terjejas.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Tiga puluh enam kajian telah didapati. Kanak-kanak terlibat dalam CIMT dari 20 hingga 504 jam. Kajian-kjian CIMT dibahagi kepada tiga kategori.

CIMT berbanding kumpulan dos rendah (kanak-kanak dengan 0 hingga 25 jam terapi perbandingan; dan amaun terapi adalah lebih rendah daripada amaun CIMT)

CIMT boleh memperbaiki keupayaan bimanual (iaitu menggunakan kedua-dua tangan bersama; bukti berkualiti rendah) dan keupayaan unilateral (iaitu keupayaan menggunakan satu tangan menggunakan tangan yang lebih terjejas; bukti berkualiti sangat rendah) lebih daripada dos rendah. Tiga kajian melaporkan sebilangan kecil kanak-kanak mengalami kekecewaan atau enggan memakai kekangan, atau mengalami kerengsaan kulit berbalik apabila mengunakan kas.

CIMT berbanding dengan kumpulan perbandingan yang menggunakan dos tinggi (kanak-kanak mempunyai lebih daripada 25 jam terapi bimanual atau satu lagi terapi intensif dan jumlahnya adalah kurang berbanding dengan CIMT)

CIMT tidaklah lebih berkesan berbanding terapi dos tinggi terhadap upayaan bimanual (bukti berkualiti rendah) atau kapasiti unimanual (bukti berkualiti sangat rendah). Dua kajian melaporkan sesetengah kanak-kanak mengalami kekecewaan menyertai CIMT.

CIMT berbanding kumpulan yang berpadanan dos (kanak-kanak menerima amaun terapi bimanual yang sama seperti kumpulan CIMT).

CIMT tidak dilihat lebih berkesan berbanding terapi dos berpadanan terhadap keupayaan bimanual, keupayaan unimanual (bukti berkualiti rendah) atau keupayaan manual (bukti berkualiti sangat rendah). Daripada15 kajian, dua kanak-kanak tidak bertahan dengan CIMT dan tiga mengalami kesukaran untuk menggunakan CIMT.

Adakah ulasan ini mutakhir?

Ulasan ini merangkumi kajian-kajian yang diterbitkan sehingga Mac 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Raymond Chieng Siang Ching (Klinik Kesihatan Nanga Wak). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information
Share/Save