Rawatan farmakologi untuk depresi psikotik

Depresi psikotik ialah kemurungan serious dengan ciri psikotik (iaitu khayalan dan/atau halusinasi). Ketidakpastian menyelubungi rawatan ubat yang paling berkesan untuk depresi psikotik: antidepresan sahaja, antipsikotik sahaja, atau kombinasi antidepresan dengan antipsikotik.

Tujuan ulasan ini adalah untuk membandingkan keberkesanan pelbagai bentuk rawatan ubat yang pernah digunakan untuk merawat depresi psikotik. Kami melakukan ini dengan menganalisis semua percubaan rawak terkawal (randomised controlled trial, RCT). Dua belas RCT memenuhi kriteria kemasukan kami. Percubaan-percubaan ini melibatkan sejumlah 929 orang.

Dari percubaan-percubaan tersebut, kami mendapati bukti bahawa kombinasi antidepresan dan antipsikotik memberikan rawatan yang lebih berkesan untuk depresi psikotik daripada salah satu rawatan sahaja. Walau bagaimanapun, keyakinan kami terhadap kesimpulan ini adalah terhad kerana maklumat hanya daripada sebilangan kecil RCT, yang termasuk bilangan orang yang kecil. Di samping itu, jenis orang yang terlibat berbeza-beze antara RCT, dan percubaan ini berbeza dalam segi reka bentuk, yang bermaksud bahawa kami tidak boleh menyamaratakan penemuan mereka dengan yakin.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information