Latihan fizikal untuk meningkatkan kemampuan senaman pada orang dengan sistik fibrosis

Soalan ulasan

Penyelidik mengulas bukti tentang sama ada latihan senaman fizikal meningkatkan kecergasan aerobik yang rendah, meningkatkan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan dan melambatkan kemerosotan fungsi paru-paru pada orang dengan sistik fibrosis (CF). Ini adalah kemaskini bagi ulasan terbitan terdahulu.

Latar belakang

CF menjejaskan banyak sistem dalam badan, tetapi terutamanya ada pada paru-paru. Ia menyebabkan sesak nafas dan mengehadkan jumlah orang dengan keadaan ini boleh tahan bersenam. Kemajuan penyakit paru-paru membawa keupayaan rendah untuk bersenam dan ketidakgiatan fizikal, yang seterusnya memberi kesan kepada kesihatan dan kualiti hidup berkaitan dengan kesihatan Penyelidik mencari kajian di mana orang dengan CF dari sebarang umur melakukan latihan aerobik (aktiviti berterusan dari intensiti rendah hingga sederhana, seperti jogging, berbasikal, berenang atau berjalan) atau latihan anaerobik (latihan berat atau rintangan atau berlari dengan intensiti tinggi untuk jangka pendek) atau gabungan kedua-dua berbanding dengan tiada latihan.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 04 Mei 2017.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini merangkumi 15 kajian dengan jumlah 487 orang dengan CF; lingkungan bilangan dalam setiap kajian adalah dari hanya sembilan orang hingga 72 orang dalam kajian terbesar. Dua kajian adalah pada orang dewasa, tujuh adalah pada kanak-kanak dan remaja dan enam kajian termasuk semua pelbagai umur. Empat kajian berlangsung kurang dari satu bulan dan berlaku ketika para peserta berada di hospital; 11 kajian adalah berasaskan pesakit luar dan berlangsung dari dua bulan hingga tiga tahun. Kajian termasuk orang yang mempunyai pelbagai keterukan penyakit paru-paru CF. Terdapat tahap pengawasan yang berlainan dalam kajian dan pelbagai campuran jenis latihan.

Hasil yang paling sering dilaporkan dalam kajian adalah perubahan dalam fungsi paru-paru; Hasil lain yang dilaporkan biasanya termasuk penggunaan oksigen puncak, kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan, perubahan kekuatan otot dan perubahan dalam komposisi badan (seperti otot dan lemak).

Keputusan utama

Disebabkan oleh reka bentuk kajian yang berlainan (jenis latihan senaman, tempoh, dan lain-lain), penyelidik tidak boleh menggabungkan hasil daripada kajian yang berbeza. Kajian jangka pendek tidak menunjukkan perbezaan antara rawatan. Kajian yang lebih panjang menunjukkan bahawa latihan senaman fizikal dapat meningkatkan kemampuan aerobik, terdapat peningkatan dalam fungsi paru-paru dan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan, tetapi ini tidak konsisten merangkumi semua kajian. Tiada kajian melaporkan bilangan kematian; dua kajian melaporkan kesan sampingan; satu kajian melaporkan mengenai eksaserbasi pulmonari dan satu lagi kawalan diabetes.

Kualiti bukti

Penyelidik termasuk beberapa kajian kecil dan menganggap kualiti kajian ini sederhana pada tahap terbaik (hanya untuk kesan sampingan). Secara keseluruhannya, hanya terdapat kualiti bukti yang rendah hingga sangat rendah untuk latihan senaman fizikal aerobik atau anaerobik (atau kombinasi kedua-duanya) mempunyai kesan positif terhadap keupayaan senaman aerobik, fungsi pulmonari dan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan pada orang dengan CF. Dalam empat kajian ciri peserta pada permulaan kajian adalah berbeza diantara kumpulan, walaupun dimasukkan ke dalam kumpulan rawatan yang berbeza secara rawak. Tidak kemungkinan orang yang tidak mengetahui kumpulan rawatan yang mereka dimasukkan ketika membanding latihan senaman dengan tiada senaman. Walau bagaimanapun, penyelidik tidak fikir hakikat bahawa orang mengetahui rawatan yang mereka terima akan menjejaskan keputusan untuk fungsi paru-paru selagi penilaian dilakukan dengan betul. Sebaliknya, mungkin terdapat berat sebelah apabila orang menilai kecergasan kardiopulmonari individu yang tidak dibutakan kepada sebarang kumpulan sukarelawan. Dalam kurang daripada separuh kajian yang disertakan, penyiasat cuba menghalang penilai hasil daripada mengetahui kumpulan mana yang terlibat; dan dalam satu kajian sahaja, penyelidik utama dibutakan. Kajian tidak secara rutin mengukur kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan dan di mana ia diukur, alat pengukuran yang berbeza telah digunakan. Pelaporan keputusan pilihan mungkin menjadi masalah, terutamanya kerana kebanyakan kajian yang disertakan tidak disenaraikan dalam pendaftaran kajian, yang memberi butiran lanjut mengenai hasil yang diukur. Penyelidik tidak pasti tentang kesan dan kajian kualiti yang lebih baik masa depan mungkin akan mengubah penemuan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save