Ubat antioksidan untuk mencegah kanser paru-paru pada orang yang sihat

Kanser paru-paru adalah antara penyebab utama kematian kanser di seluruh dunia dan pencegahan telah menjadi keutamaan kesihatan awam. Adalah dicadangkan bahawa suplemen vitamin boleh mencegah kanser paru-paru. Dalam versi baru ulasan ini, yang dikemaskini daripada sebelumnya, terdapat penambahan lima kajian ke dalam empat kajian. Kemaskini analisis data menunjukkan bahawa mengambil suplemen vitamin dan mineral, sama ada bersendirian atau bergabung, tidak mengakibatkan dalam pengurangan insiden kanser paru-paru atau kematian kanser paru-paru, sama ada lelaki mahupun perempuan. Bukti semasa tidak menyokong cadangan untuk penggunaan suplemen vitamin A, C dan E atau selenium, sama ada bersendirian atau bergabung, untuk pencegahan kanser paru-paru pada orang yang sihat. Sesungguhnya, pada perokok dan orang yang terdedah kepada asbestos, penggunaan suplemen beta-karotena harus dielakkan kerana ia mungkin berkaitan dengan peningkatan insiden kanser paru-paru yang sedikit dan kematian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save