Ubat-ubatan untuk mencegah kanser paru-paru pada orang yang sihat

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti yang menilai hubungan antara pengambilan vitamin atau antioxidant dan pencegahan kanser paru-paru, kematian dan kejadian buruk untuk kanser itu. Kemas kini ulasan Cochrane ini yang terdahulu mengenai topik yang diterbitkan pada tahun 2012.

Latar belakang

Kanser paru-paru adalah antara penyebab utama kematian kanser di seluruh dunia dan pencegahan telah menjadi keutamaan kesihatan awam. Adalah dicadangkan bahawa suplemen vitamin dan beberapa antioksidan boleh mencegah kanser paru-paru.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini merangkumi 12 kajian di mana orang dewasa yang sihat secara rawak ditugaskan untuk menerima suplemen vitamin atau plasebo (bahan yang tidak mempunyai kesan fizikal) dan diikuti dari masa ke masa untuk menilai risiko mereka mengalami kanser paru-paru. Bukti adalah terkini sehingga Mei 2019.

Keputusan-keputusan utama

Tiada rawatan berbanding dengan plasebo menunjukkan perbezaan risiko untuk kejadian kanser paru-paru atau kematian kanser paru-paru dalam kalangan orang yang sihat. Dalam perokok dan orang yang terdedah kepada asbestos, vitamin A meningkatkan kejadian kanser paru-paru, kematian kanser paru-paru dan kematian akibat semua punca. Vitamin C meningkatkan kejadian kanser paru-paru pada wanita. Vitamin E meningkatkan risiko strok hemoragik.

Kepastian bukti adalah tinggi untuk perbandingan berikut terhadap plasebo: vitamin A; vitamin E; selenium; dan kombinasi vitamin A, C, E, selenium dan zink.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save