Glucocorticoids untuk croup dalam kalangan kanak-kanak

Soalan Ulasan

Kami mengkaji keberkesanan glucocorticoid untuk croup dalam kalangan kanak-kanak sama ada dapat mengurangkan simptom croup; mengurangkan lawatan kembali ke penjagaan; mengurangkan tempoh penginapan; mengurangkan keperluan untuk rawatan tambahan; atau mempunyai kesan-kesan sampingan.

Latar belakang

Croup menyebabkan kebengkakan dalam tekak dan salur udara (trakea) dan juga menyebab keserakan, batuk menyalak dan pernafasan yang bising. Glucocorticoid dapat mengurangkan kebengkakan, menjadikannya lebih senang untuk bernafas.

Ulasan ini diterbitkan pada 1999 dan dikemaskinikan pada 2004 dan 2011.

Tarikh carian

Kami telah mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga 3 April 2018.

Ciri-ciri kajian

Kami melibatkan 43 kajian yang diterbitkan dari 1964 hingga 2013 dengan 4565 kanak-kanak yang berusia hingga 18 tahun. Glucocorticoids yang dikaji terdiri daripada beclomethasone, betamethasone, budesonide, dexamethasone, fluticasone, dan prednisolone. Kebanyakan kajian (26, 60%) membandingkan sebarang glucocorticoid dengan plasebo. Daripada ini, 15 (58%) membanding dexamethasone dengan plasebo. 3 kajian membanding dos dexamethasone 0.6mg/kg kepada 0.15 mg/kg, satu soalan klinikal biasa. Setengah kajian (22, 51%) meliputi pesakit luar yang melapor kepada jabatan kecemasan atau klinik luar, dan 18 (42%) berlaku di Amerika Utara, lapan (19%) di Eropah, tujuh (16%) di Asia dan 10 (23%) di Australia. 26 (60%) kajian membandingkan glucocorticoid dengan plasebo; 4 (10%) membandingkan glucocorticoid dengan epinefrin; 11 (26%) membandingkan satu glucocorticoid dengan satu glucocorticoid lain; 3 (7%) membandingkan glucocorticoid dengan satu kombinasi glucocorticoid lain; 5 (12%) membandingkan glucocorticoid yang dibagi dengan kaedah berlainan; dan 4 (9%) membandingkan glucocorticoid yand dberi dengan dos berlainan.

Sumber-sumber pembiayaan kajian

Sumber pembiayaan merangkumi kerajaan (12%), institut akademik atau penyelidikan (7%), perusahaan (19%) atau yayasan (7%). Lebih separuh daripada kajian (56%) tidak melaporkan sumber pembiayaan kajian.

Keputusan utama

Glucocorticoid dapat mengurangkan simptom croup pada dua jam (bukti kepastian yang sederhana), dan kesan ini menahan sekurang-kurangnya 24 jam (bukti kepastian yang rendah). Glucocorticoid mengurangkan kadar lawatan kembali, kemasukan dan kemasukan kedua (bukti kepastian sederhana). Apabila dirawat dengan plasebo, 204 daripada setiap 1000 kanak-kanak akan kembali untuk rawatan perubatan. Apabila dirawat dengan glucocorticoid, 74 hingga 153 daripada setiap 1000 kanak-kanak akan kembali untuk rawatan perubatan. Glucocorticoid dapat mengurangkan tempoh penginapan sebanyak 15 jam (6-24 jam), akan tetapi tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam keperluan untuk rawatan tambahan. Daripada kajian yang membanding glucocorticoid dengan plasebo, 50% mengumpul data tentang kesan-kesan sampingan. 4 kajian melaporkan jangkitan sekunder yang jarang berlaku (contoh, pneumonia dan jangkitan telinga). Kebanyakan kesan-kesan sampingan tidak serius (contoh, kesusahan emosi, hiperaktif, kemuntahan). Kami tidak pasti jenis, jumlah dan mod pemberian (oral, sedut, suntik) glucocorticoid adalah terbaik dalam mengurangkan simptom croup dalam kanak-kanak.

Kualiti bukti

Kebanyakan kajian (98%) mempunyai masalah kaedah, isu pelaporan, atau kedua-duanya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save