Soalan ulasan
Penyelidik mengkaji kesan menyedut udara panas yang lembap melalui alat (RhinoTherm) untuk orang yang mempunyai selsema yang biasa.
Latar belakang
Selesema biasa adalah jangkitan yang paling biasa pada manusia. Ia biasanya tidak menyebabkan komplikasi, tetapi boleh mengakibatkan bercuti dari kerja atau sekolah akibat ketidakselesaan yang disebabkan oleh gejalanya. Diagnosis adalah berdasarkan gejala, dan rawatan adalah untuk mengurangkan gejala-gejalanya. Gejala termasuk demam, kehilangan selera makan, rasa tidak sihat, berasa sejuk, sakit kepala, sakit otot, dan sakit. Banyak tanda dan gejala yang disebabkan oleh kesesakan daripada bengkak membran dan lendir menebal di dalam hidung. Selesema biasa telah dirawat selama beberapa dekad dengan stim yang disedut untuk membantu saluran pernafasan lebih mudah. Terdapat bukti makmal bahawa virus selesema mungkin sensitif terhadap haba, tetapi tiada kajian klinikal berskala besar menguji keberkesanannya. Penyedutan wap terus digunakan kerana ia memberikan kelegaan subjektif gejala selesema biasa.
Tarikh carian
Carian adalah terkini sehingga 24 Februari 2017.
Ciri-ciri kajian
Penyelidik memasukkan enam kajian rawak, dua kali ganda buta dari lima penerbitan yang melibatkan seramai 387 peserta yang diterbitkan antara 1987 dan 1995 dalam bahasa Inggeris. Kesemua kajian termasuk menggunakan peranti RhinoTherm, yang menyampaikan udara yang hangat, lembap untuk jangka masa yang berlainan dan pada kadar aliran yang berbeza untuk merawat gejala selesema biasa. Tiga kajian dijalankan di Amerika Syarikat, dua di UK, dan satu di Israel. Kebanyakan kajian merekrut orang dengan selsema yang berlaku secara semulajadi, tetapi satu kajian yang mendorong selesema dengan menjangkiti peserta.
Sumber dana kajian
Peranti RhinoTherm adalah disediakan oleh Netzer Sereni dalam empat kajian dan A Beacham dalam dua kajian. Satu kajian dibiayai oleh pembiayaan dalaman Klinik Cleveland, dan satu lagi disokong oleh dana budi bicara penulis. Kajian yang selebihnya tidak menyebut sumber pendanaan.
Keputusan utama
Tiada kajian melaporkan sebarang kemerosotan dalam skor gejala klinikal selepas menghidu udara panas yang lembap. Peserta dalam dua kajian menunjukkan kekurangan simptom yang berterusan, namun hasilnya tidak konsisten. Dua kajian melaporkan kejadian buruk yang kecil. Tiada kesan rawatan pada rhinovirus penumpahan.
Kualiti bukti
Dengan menggunakan kriteria GRADE, penyelidik menilai kualiti bukti sebagai rendah untuk pengurangan hasil dalam keterukan klinikal selesema biasa (diukur dengan penurunan indeks skor gejala); bilangan peserta dengan respons subjektif: terapi tidak membantu; dan bilangan peserta dengan satu kultur virus yang positif dalam pencucian hidung, disebabkan oleh risiko berat sebelah dan ketidakkonsistenan hasil kajian.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.