Antibiotik untuk sifilis yang didiagnosis semasa hamil

Penisilin berkesan dalam menyembuhkan sifilis semasa hamil tetapi lebih banyak penyelidikan diperlukan tentang dos yang terbaik dan tempoh rawatan.

Sifilis adalah penyakit kelamin yang berpotensi membawa maut dan ditransmisi dari seorang wanita hamil kepada bayi yang belum lahir. Jika wanita tidak dirawat, janin mungkin digugurkan atau bayinya dilahirkan dengan penyakit ini, mengalami ketakupayaan kekal dan menjadi cacat. Keberkesanan penisilin dalam mengubati jangkitan sifilis dalam kalangan wanita hamil dan mencegah bayi yang dilahirkan dengan sifilis kongenital diterima tidak lama selepas diperkenalkan pada 1940-an dan sebelum penggunaan meluas kajian rawak terkawal. Walaupun jarang berlaku di negara maju, insiden sifilis adalah tinggi dan meningkat di banyak negara membangun, terutama di mana HIV/AIDS adalah lazim. Ulasan kajian-kajian mendapati tiada kajian membandingkan keberkesanan pelbagai dos penisilin atau membandingkan penisilin dengan antibiotik lain. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mencari dos yang terbaik dan tempoh rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information