Manual terapi untuk asma

Pelbagai bentuk manual terapi digunakan untuk dicuba bagi melegakan asma Kiropraktik dan teknik-teknik osteopatik bertujuan untuk meningkatkan pergerakan di dalam sangkar rusuk dan tulang belakang, bertujuan untuk memperbaiki fungsi paru-paru dan sistem peredaran darah. Teknik-teknik manual yang lain termasuk menepuk dada, menggoncang, menggetar, dan penyesuaian postur untuk membantu mengalihkan dan mengeluarkan kahak. Kaedah mengurut juga digunakan. Pelbagai bidang juruterapi menggunakan teknik ini, termasuk kiropraktor, ahli fisioterapi, ahli osteopati dan Jurupulih pernafasan. Ulasan mendapati tidak ada cukup bukti daripada kajian untuk menunjukkan sama ada mana-mana terapi ini boleh memulihkan gejala-gejala asma, dan lebih banyak penyelidikan diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information
Share/Save