Langkau ke kandungan utama

Terapi gen untuk penyakit sel sabit

Soalan ulasan

Kami meneliti bukti kajian mengenai kesan dan keselamatan terapi gen terhadap kehidupan dan juga pencegahan simptom dan komplikasi berkaitan penyakit sel sabit.

Latar belakang

Penyakit sel sabit berlaku apabila anak mewarisi gen yang menghasilkan hemoglobin rosak daripada kedua ibu bapanya. Ia merupakan penyakit yang dikaitkan dengan sakit yang kerap sejak awal kehidupan dan selalunya menyebabkan kematian yang lebih awal daripada populasi umum. Terapi gen menggantikan gen yang rosak dengan yang normal.

Tarikh carian

Bukti terkini sehingga: 21 September 2020.

Keputusan utama

Kami mencari kajian yang menggunakan kaedah penggantian gen yang menghasilkan hemoglobin yang rosak dengan gen yang normal dalam rawatan penyakit sel sabit. Kami tidak menjumpai kajian yang dapat memberi bukti andal mengenai risiko atau manfaat terapi gen untuk penyakit ini. Terdapat keperluan untuk kajian menilai manfaat atau risiko terapi gen untuk penyakit sel sabit.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wan Rosalina Wan Rosli (Cyberjaya University College of Medical Sciences). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Olowoyeye A, Okwundu CI. Gene therapy for sickle cell disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2020, Issue 11. Art. No.: CD007652. DOI: 10.1002/14651858.CD007652.pub7.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan