Mesej utama
Penemuan kami menunjukkan sebanyak 19 kajian yang berbeza dilakukan dengan cara melakukan pemindahan sel darah merah pada bayi baru lahir dan kanak-kanak yang memerlukan pembedahan jantung untuk penyakit jantung kongenital (masalah jantung yang dialami sejak lahir lagi). walau bagaimanapun, kami tidak dapat mencapai sebarang kesimpulan berdasarkan bukti ini. Lebih banyak kajian diperlukan.
Apakah penyakit jantung kongenital?
Penyakit jantung kongenital ialah sebarang masalah berkaitan dengan perkembangan jantung yang dialami oleh seseorang sejak lahir lagi. Maksudnya hati belum terbentuk dengan betul.. Penyakit ini akan memberi kesan kepada empat atau sembilan orang kanak-kanak daripada 1000 kelahiran yang hidup. Dalam kebanyakan kes, pembedahan diperlukan untuk membolehkan kanak-kanak dapat hidup dan membesar dengan sihat. Manakala, orang dewasa pula kebiasaannya memerlukan pembedahan untuk keadaan jantung kongenital.
Mengapa penting untuk menguruskan pemindahan darah semasa pembedahan jantung?
Pesakit kebiasaannya memerlukan pemindahan sel darah merah sama ada sebelum, semasa atau selepas pembedahan jantung. Kebanyakan pesakit akan menjalani pembedahan menggunakan mesin pintasan kardiopulmonari (CPB), ia akan bertindak sebagai jantung dan paru-paru mereka semasa pembedahan. Lebih ramai pesakit terselamat setelah menjalani pembedahan jantung berbanding sebelum ini, selain bertujuan untuk menjadikan pembedahan lebih selamat. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pemindahan sel darah merah boleh menyebabkan orang menjadi lebih sakit. Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk mengelakkan pemindahan yang tidak perlu.
Apakah yang kami ingin ketahui?
Kami ingin mengetahui bagaimana pengurusan pemindahan sel darah merah mempengaruhi keadaan pesakit selepas pembedahan jantung. Adakah pemindahan sel darah merah memberi kesan kepada kelangsungan hidup jangka pendek dan jangka panjang, kesan sampingan yang serius (contohnya penyakit strok, kegagalan buah pinggang, jangkitan, darah membeku) dan tempoh masa pesakit tinggal di unit rawatan rapi dan di hospital selepas menjalani pembedahan mereka?
Apa yang kami lakukan?
Kami mencari pangkalan-pangkalan data perubatan untuk kajian-kajian yang berkaitan. Kami mencari kajian yang paling dipercayai, dikenali sebagai kajian rawak terkawal ('kajian'). Kami membandingkan dan meringkaskan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah mereka dan bilangan orang yang terlibat.
Apa yang kami temui?
Kami menemui 19 kajian melibatkan 1606 kanak-kanak. Tiada kajian yang melibatkan orang dewasa. Kajian ini mengkaji lapan rawatan. Kami memilih enam perbandingan sebagai keputusan utama. Ini disenaraikan di bawah. Dalam ulasan penuh, kami membentangkan keputusan untuk dua perbandingan, yang menguji rawatan yang kini digunakan secara umum.
1. Lima kajian membandingkan pemindahan sel darah merah hanya apabila paras hemoglobin dalam darah jatuh di bawah paras kepekatan tertentu ('tersekat' berbanding pencetus pemindahan 'liberal'). Tidak jelas sama ada menggunakan pencetus pemindahan terhad mempunyai kesan ke atas bilangan kanak-kanak yang meninggal dunia, mengalami kesan sampingan yang teruk atau mengalami jangkitan.
2. Lima kajian membandingkan proses mencuci atau tidak mencuci sel darah merah yang ditambahkan pada mesin jantung-paru-paru. Kami tidak tahu sama ada proses mencuci sel darah merah mempunyai kesan ke atas bilangan kanak-kanak yang meninggal dunia, mengalami kesan sampingan atau jangkitan yang teruk, atau berapa lama kanak-kanak tinggal di unit rawatan rapi.
3. Dua kajian membandingkan menambah atau meninggalkan pemindahan sel merah ke dalam cecair dalam mesin pintasan kardiopulmonari. Kita tidak mengetahui jika tidak menggunakan darah di dalam mesin akan memberikan kesan kepada berapa lama kanak-kanak perlu menggunakan ventilator, atau berapa lama mereka diletakkan di unit rawatan rapi.
4. Dua kajian membandingkan penapisan darah yang melalui cecair mesin pintasan jantung-paru-paru untuk mengurangkan tahap mineral/garam, dan keradangan yang tinggi, kadangkala menjadi masalah dalam darah yang dipindahkan, berbanding dengan tidak menapisnya. Sesuatu yang tidak jelas sama ada menapis darah dalam mesin pintasan jantung-paru-paru mempunyai kesan ke atas bilangan kanak-kanak yang meninggal dunia. Penapisan mungkin akan mengurangkan sedikit masa kanak-kanak menggunakan ventilator, dan mungkin mengurangkan sedikit tempoh mereka berada di unit rawatan rapi.
5. Satu kajian melihat menggunakan darah kanak-kanak itu sendiri dalam mesin jantung-paru-paru dan bukannya secara pemindahan darah. Kajian tersebut tidak memberikan keputusan mengenai kejadian berbahaya yang serius atau berapa jumlah kanak-kanak yang meninggal dunia. Tidak jelas sama ada menggunakan darah kanak-kanak itu sendiri dalam mesin jantung-paru-paru dan bukannya secara pemindahan akan mempunyai apa-apa kesan ke atas masa yang dihabiskan oleh kanak-kanak menggunakan ventilator atau masa yang mereka habiskan di unit rawatan rapi.
6. Satu kajian dijalankan untuk membandingkan menggunakan darah yang sangat baharu berbanding dengan darah yang telah lama untuk mencuba mengurangkan kesan berbahaya darah yang lebih lama. Kajian ini tidak menguji aspek yang kami inginkan.
Apakah batasan bukti?
Kajian adalah kecil dan mengukur pelbagai aspek pengurusan pemindahan sel darah merah pada kanak-kanak berbeza yang menjalani pembedahan jantung, maka agar sukar untuk membuat kesimpulan yang tepat mengenai faedah atau risiko pemindahan sel darah merah. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membolehkan kesimpulan yang tepat dibuat.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Kami menemui beberapa kajian-kajian yang diterbitkan mengenai topik ini sehingga 2 Januari 2024. Kami juga mendapati kebanyakan kajian sedang berjalan atau akan dimulakan tidak lama lagi.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Rashid Ating (Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah, USM).