Homosistiena ialah salah satu asid-asid amino, blok-blok bangunan untuk protein-protein. Tahap-tahap homosistiena yang tinggi dalam darah adalah berkaitan dengan penyempitan atau penyekatan arteri-arteri (aterosklerosis). Walau bagaimanapun, ia adalah tidak jelas bahawa homosistiena sendiri yang menyebabkan masalah tersebut. Tahap-tahap homosistiena dalam darah boleh dinormalkan dengan mengambil asid folik, vitamin-vitamin B12 dan B6, atau betaine.
Orang dengan PAD mempunyai aliran darah yang lemah di kaki-kaki mereka disebabkan oleh aterosklerosis yang menyempitkan atau menyekatkan arteri-arteri mereka. Gejala-gejala termasuk keupayaan yang terhad untuk bersenam atau berjalan tanpa mengalami sakit-sakit kekejangan di kaki-kaki. Walaupun orang sedemikian boleh dirawat secara pembedahan (seperti graf pintas) atau secara radiologi (dengan belon angioplasti), terdapat risiko kegagalan rawatan dalam tempoh 12 bulan, terutamanya disebabkan oleh arteri-arteri yang sempit dan menutup semula (restenosis). Tahap-tahap homosistiena yang tinggi (hiperhomosistiena) mungkin menyumbang kepada restenosis ini dan menurunkan tahap-tahap homosistiena mungkin membantu.
Kami telah melihat kepada kajian-kajian di mana rawatan-rawatan untuk menurunkan homosistiena telah digunakan dalam orang dengan PAD dan hiperhomosistiena. Dua kajian dengan 161 peserta dengan PAD telah dimasukkan ke dalam ulasan ini. Satu kajian telah menunjukkan peningkatan ketara dalam indeks brachial buku lali (ABI) dalam peserta-peserta yang dirawat setiap hari dengan 400 μg asid folik atau 5-methyltetrahydrofolate (5-MTHF). Kajian kedua menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam ABI pada peserta yang menerima suplemen multivitamin B dibandingkan plasebo. Tiada hasil utama yang lain telah dipratentukan (kematian dan kadar kehilangan anggota badan) telah dinilai dalam kajian-kajian tersebut. Lebih banyak kajian tentang kesan terapi penurunan homosistiena terhadap perkembangan klinikal penyakit dalam orang dengan PAD dan hiperhomosistiena adalah diperlukan.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).