Langkau ke kandungan utama

Rawatan farmakologi untuk gelombang pancang berterusan semasa sindrom tidur gelombang lambat dan Sindrom Landau-Kleffner

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Gelombang pancang berterusan semasa sindrom tidur gelombang lambat (CSWS) dicirikan oleh kemerosotan fungsi mental dan sawan klinikal, dan sering muncul dalam kalangan kanak-kanak sekitar lima tahun. Sindrom Landau-Kleffner biasanya dilihat dalam kalangan kanak-kanak berusia tiga hingga lapan tahun, yang sebelumnya berkembang secara normal. Ia berciri ketidakmampuan memahami atau mengekspresi bahasa, mengakibatkan penurunan kemahiran komunikasi. Rawatan mungkin merangkumi pelbagai ubat (rawatan farmakologi), seperti ubat antiepileptik dan imunoterapi.

Apakah matlamat ulasan ini?
Matlamat ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui manfaat dan kesan buruk rawatan ubat untuk CSWS dan untuk LKS. Untuk menjawab soalan ini, kami mencari pangkalan data saintifik kajian rawak terkawal (kajian klinikal di mana orang dimasukkan secara rawak ke salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan; ini dianggap sebagai standard emas untuk reka bentuk kajian).

Keputusan
Kami tidak mendapati sebarang kajian lengkap yang relevan. Kami mengenal pasti satu kajian yang sedang berlangsung, yang ditamatkan kerana kekurangan enrolmen.

Kesimpulan
Tiada bukti untuk menyokong atau menyangkal penggunaan rawatan ubat untuk gelombang pancang berterusan semasa sindrom tidur gelombang lambat atau sindrom Landau-Kleffner.

Bukti adalah terkini sehingga September 2020.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Moresco L, Bruschettini M, Calevo MG, Siri L. Pharmacological treatment for continuous spike-wave during slow wave sleep syndrome and Landau-Kleffner Syndrome. Cochrane Database of Systematic Reviews 2020, Issue 11. Art. No.: CD013132. DOI: 10.1002/14651858.CD013132.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan