Langkau ke kandungan utama

Penambahan kemoterapi berasaskan taxane kepada terapi kekurangan androgen untuk rawatan kanser prostat sensitif hormon yang metastatik

Soalan ulasan

Matlamat ulasan ini ada untuk mengetahui sama ada penambahan kemoterapi berasaskan taxane kepada terapi hormon meningkatkan hasil pada lelaki dengan kanser prostat sensitif hormon yang metastatik. kami mengumpulkan dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan menemui tiga kajian.

Latar belakang

Daripada lelaki yang didiagnosis kanser prostat, kira-kira 16% akan mengalami kanser yang telah merebak semasa diagnosis. Selain itu, 15% hingga 30% lelaki akan mendapat penyakit semula selepas menjalani rawatan primer. Terapi hormon (ubat untuk mengurangkan tahap hormon lelaki) telah menjadi rawatan pertama untuk kanser peringkat lanjut tetapi ia tidak menyembuhkan kanser dan akhirnya kanser akan kembali semula. Baru-baru ini kajian telah melihat sama ada kemoterapi (bahan kimia yang membunuh sel-sel kanser), apabila diberikan awal, meningkatkan kehidupan pesakit.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2018. Kami menjumpai tiga kajian (khususnya, percubaan rawak terkawal) dengan sejumlah 2,261 orang. Kajian membandingkan docetaxel (ubat anti-kanser) dan terapi hormon dengan terapi hormon sahaja.

Keputusan utama

Kemoterapi berasaskan taxane sebagai tambahan kepada terapi hormon berkemungkinan meningkatkan kelangsungan hidup secara keseluruhan dan khusus kepada kanser serta mengurangkan perkembangan penyakit. Ia juga berkemungkinan terdapat peningkatan kecil tetapi tidak penting dalam peningkatan kualiti hidup pada 12 bulan. Mungkin terdapat peningkatan kesan-kesan sampingan apabila orang dirawat dengan kemoterapi berasaskan taxane.

Kepastian bukti

Kami menilai kepastian bukti sebagai sederhana untuk kematian dari semasa ke semasa daripada sebarang sebab, risiko kematian khusus kanser prostat dan masa untuk perkembangan penyakit. Ini bermaksud bahawa jangkaan kami hampir dengan kebenaran, tetapi terdapat beberapa batasan dalam kajian yang mengurangkan keyakinan kami terdapat hasilnya. Kepastian bukti adalah rendah untuk kejadian buruk gred III hingga V (kesan sampingan), kejadian buruk semua gred, orang yang menghentikan rawatan akibat kejadian buruk, dan kualiti hidup. Ini bermakna bahawa kesan sebenar rawatan mungkin berbeza dengan ketara daripada apa yang ditunjukkan oleh ulasan ini, kerana batasan dalam kajian serta ketidaktepatan (kebolehubahan dalam anggaran).

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Sathianathen NJ, Philippou YA, Kuntz GM, Konety BR, Gupta S, Lamb AD, Dahm P. Taxane-based chemohormonal therapy for metastatic hormone-sensitive prostate cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, Issue 10. Art. No.: CD012816. DOI: 10.1002/14651858.CD012816.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan