Langkau ke kandungan utama

Protein C-reaktif untuk mendiagnosis jangkitan pada bayi baru lahir

Soalan ulasan

Kami mengkaji semula kajian yang menilai sama ada mengukur tahap darah protein C-reaktif (CRP) membantu membuat diagnosis lebih awal mengenai jangkitan serius pada bayi baru lahir.

Latar Belakang

Bayi yang baru lahir, terutamanya bayi yang sakit atau pramatang, berisiko untuk mengalami jangkitan yang teruk (seperti jangkitan saluran darah) dalam jangka masa mereka berada di unit neonatal. Jangkitan sering sukar untuk didiagnosis awal dengan kepastian, dan ujian cepat seperti mengukur tahap darah protein yang bertindak balas terhadap jangkitan (dipanggil CRP) kadang-kadang digunakan untuk membantu membuat diagnosis lebih awal. Kami bertujuan menilai bukti untuk ketepatan ujian ini.

Ciri-ciri Kajian

Kami mendapati 20 kajian yang menilai ketepatan mengukur tahap darah CRP untuk mendiagnosis jangkitan pada bayi baru lahir. Kajian-kajian ini memiliki ciri-ciri serupa untuk membenarkan analisis gabungan penemuan mereka.

Keputusan utama

Analisis gabungan menunjukkan bahawa ujian CRP positif mengidentifikasi bayi dengan jangkitan kira-kira enam kali daripada 10.

Kesimpulan

Mengukur tahap darah CRP tidak cukup tepat untuk membantu mencapai diagnosis awal jangkitan pada bayi baru lahir.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Besar Pulau Pinang). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi amandayapqy@gmail.com

Petikan
Brown JV, Meader N, Cleminson J, McGuire W. C-reactive protein for diagnosing late-onset infection in newborn infants. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 1. Art. No.: CD012126. DOI: 10.1002/14651858.CD012126.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan