Langkau ke kandungan utama

Ventilasi jet frekuensi tinggi berbanding ventilasi osilatori frekuensi tinggi untuk disfungsi pulmonari dalam kalangan bayi pramatang

Latarbelakang: Kesukaran bernafas akibat sindrom distres pernafasan (RDS) adalah salah satu punca utama kematian dalam kalangan bayi yang lahir pramatang. Mesin pernafasan yang membekalkan pengudaraan mekanikal konvensional (CMV), yang kini digunakan untuk menyokong bayi-bayi ini, berpotensi menyumbang kepada kecederaan paru-paru jangka panjang yang dikenali sebagai penyakit paru-paru kronik (CLD). CLD kerap berlaku dalam kalangan bayi pramatang yang memerlukan mesin pernafasan, dan jenis mesin pernafasan yang digunakan boleh mempengaruhi sama ada CLD akan berlaku. Dua jenis mesin pernafasan baru (pengudaraan jet frekuensi tinggi (HFJV) dan pengudaraan osilatori frekuensi tinggi (HFOV)) telah diuji dengan harapan agar kaedah-kaedah sokongan pernafasan ini dapat mengurangkan kecederaan paru-paru (CLD).

Soalan ulasan kami: Dalam kalangan bayi pramatang (lahir sebelum tempoh) yang berisiko untuk atau mempunyai RDS, kami bercadang untuk membandingkan risiko dan manfaat dua mod mesin pernafasan: HFJV dan HFOV.

Apakah yang ditunjukkan oleh kajian-kajian: Kami telah mengenal pasti tiada kajian yang membandingkan kedua-dua mod sokongan pernafasan.

Secara keseluruhan: Ulasan ini mendapati tiada bukti untuk membandingkan keunggulan atau kesan sampingan bahaya HFJV berbanding HFOV, atau HFOV berbanding HFJV, dalam kalangan bayi berisiko untuk atau mempunyai kesukaran bernafas kerana RDS.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Petikan
Ethawi YH, Abou Mehrem A, Minski J, Ruth CA, Davis PG. High frequency jet ventilation versus high frequency oscillatory ventilation for pulmonary dysfunction in preterm infants. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 5. Art. No.: CD010548. DOI: 10.1002/14651858.CD010548.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan