Langkau ke kandungan utama

Teknik penggunaan ubat topikal untuk glaukoma

Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada teknik penggunaan ubat titis mata dalam kalangan pesakit glaukoma akan mempengaruhi kesan ubat titis mata. Penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan mendapati dua kajian.

Mesej utama
Ia adalah tidak jelas sama ada cara pesakit glaukoma menggunakan ubat titis mata akan memberi perbezaan dalam seberapa baik ubat itu berfungsi.

Apakah ulasan kajian ini?
Glaukoma adalah punca utama buta di seluruh dunia. Dalam mata yang memgalami glaukoma, keupayaan untuk melihat mungkin hilang kerana kerosakan pada saraf optik. Saraf optik adalah bahagian mata yang menghantar maklumat visual dari mata ke otak. Kadang-kadang kerosakan berlaku apabila terdapat terlalu banyak tekanan pada mata (dipanggil tekanan intraokular atau IOP). Kadang-kadang mata mungkin mempunyai tekanan terlalu banyak tanpa kerosakan pada saraf optik (dipanggil hipertensi okular). Tujuan utama rawatan glaukoma dan hipertensi okular adalah untuk menurunkan IOP. Ubat-ubatan topikal, seperti ubat titik mata, adalah paling umum digunakan sebagai rawatan pertama. Cara-cara tertentu untuk menggunakan ubat titis mata, seperti penutupan mata anda atau oklusi nasolakrimal (menutup mata dan menekan jari di sudut dalam, sebelah yang paling dekat dengan jambatan hidung) bertujuan untuk meningkatkan jumlah ubat yang diserap ke dalam mata dan mengurangkan jumlah ubat diserap ke dalam badan.

Apakah keputusan utama kajian ini?
Kami mendapati dua kajian yang membandingkan cara yang berbeza untuk menggunakan ubat titis mata. Kedua-dua kajian menggunakan prostaglandin sahaja untuk glaukoma atau hipertensi okular. Satu kajian di Amerika Syarikat menilai kesan menutup mata selama satu dan tiga minit selepas menitik ubat mata dalam menurunkan IOP. Kajian kedua, di Itali, mengkaji sama ada mengelapkan ubat yang berlebihan, selepas meletakkan ubat titis mata, akan menyebabkan perubahan pada kulit di sekeliling mata.

Selepas satu hingga dua minggu dalam kajian US, menutup kelopak mata selama satu hingga tiga minit selepas meletakkan ubat titis mata tidak ada perbezaan pada IOP berbanding dengan tidak menutup kelopak mata. Selepas empat bulan dalam kajian Itali, bulu mata lebih pendek pada peserta telah menyapu mata mereka untuk mengelapkan ubat lebihan berbanding dengan peserta yang tidak mengelap mata mereka.

Kami mendapati dua kajian semasa yang belum mempunyai hasil.

Berdasarkan hanya dua kajian dan keputusan yang tidak bertentu, ia adalah tidak jelas bahawa cara yang berbeza untuk menggunakan ubat titis mata akan membawa apa-apa kesan kepada penyakit yang mempunyai glaukoma.

Adakah ulasan ini terkini?
Penyelidik Cochrane mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga 8 Disember 2016.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Phang Yee Lin (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Phang.YeeLin@student.imu.edu.my.

Petikan
Xu L, Wang X, Wu M. Topical medication instillation techniques for glaucoma. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 2. Art. No.: CD010520. DOI: 10.1002/14651858.CD010520.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan