Langkau ke kandungan utama

Amfetamina untuk gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) dalam kanak-kanak dan para remaja

Latar Belakang
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) adalah masalah kerap yang mempengaruhi kanak-kanak dan para remaja. ADHD adalah dicirikan oleh kekurangan tumpuan (mudah diganggu, tidak dapat memberikan tumpuan pada satu tugasan), impulsif (gelisah; sentiasa bergerak), dan hiperaktif (kurang sabar; bertindak tanpa berfikir). Salah satu daripada rawatan paling kerap untuk menguruskan ADHD adalah kelas ubat-ubatan amfetamina, yang merupakan kelas ubat perangsang. Ubat-ubatan ini dianggap mengurangkan keterukan gejala yang berkaitan dengan ADHD.

Soalan ulasan

Adakah kanak-kanak dan remaja yang didiagnosis dengan ADHD (bawah umur 18 tahun) bermanfaat daripada rawatan dengan amfetamina untuk mengurangkan gejala utama ADHD, dibandingkan dengan kanak-kanak dan para remaja lain yang tidak menerima ubat-ubatan atau ubat palsu (plasebo)?

Ciri-ciri Kajian
Sehingga Ogos 2015, kami telah mengenal pasti 23 percubaan terkawal rawak (RCT: sejenis experimen saintifik di mana orang telah dibahagikan secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih rawatan), yang telah menyertakan 2675 kanak-kanak dan para remaja antara umur tiga tahun dan 17 tahun. Kajian-kajian tersebut telah membandingkan amfetamina kepada plasebo. Tiga perbezaan jenis amfetamina telah dikaji: deksamfetamina, lisdeksamfetamina dan campuran garam amfetamina. Tempoh kajian yang telah disertakan adalah di antara 14 hari hingga 365 hari. RCT tersebut telah dikendalikan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Keputusan utama
Kami telah menemui amfetamina adalah efektif dalam memperbaiki gejala ADHD dalam jangka pendek, tetapi mereka juga dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk mengalami peristiwa buruk seperti masalah tidur, penurunan selera makan, dan sakit perut. Kami tidak menemui bukti bahawa sejenis amfetamina adalah lebih baik daripada yang lain, dan tiada perbezaan antara amfetamina yang bertindak untuk tempoh yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang bertindak untuk tempoh yang lebih pendek.

Kualiti Bukti

Bukti kualiti kajian yang telah disertakan adalah rendah sehingga sangat rendah disebabkan oleh masalah dalam reka bentuk mereka dan perbezaan besar antara kajian-kajian. RCT yang direka bentuk dengan baik dan dilaporkan dengan jelas yang mempunyai tempoh yang lebih lama adalah diperlukan, jadi kami mungkin lebih memahami kesan jangka panjang amfetamina (kedua-dua positif dan negatif).

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Petikan
Punja S, Shamseer L, Hartling L, Urichuk L, Vandermeer B, Nikles J, Vohra S. Amphetamines for attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) in children and adolescents. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 2. Art. No.: CD009996. DOI: 10.1002/14651858.CD009996.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan