Langkau ke kandungan utama

Apakah cara penyerahan jururawat yang terbaik untuk memastikan kesinambungan maklumat untuk pesakit hospital?

Apakah penyerahan jururawat?

Penyerahan jururawat berlaku apabila seorang jururawat menyerahkan tanggungjawab penjagaan pesakit kepada jururawat lain, contohnya, pada penghujung syif kejururawatan. Secara purata, penyerahan jururawat berlaku tiga kali sehari untuk setiap pesakit.

Apakah gaya penyerahan jururawat yang wujud?

Dalam amalan harian penyerahan dilakukan dengan pelbagai cara, sesetengah penyerahan dilakukan melalui jururawat bercakap sesama sendiri (penyerahan verbal). Lain-lain dilakukan melalui jururawat membaca nota perubatan pesakit atau melalui gabungan membaca dan bercakap antara satu sama lain. Dalam sesetengah kes ia dilakukan di sebelah katil pesakit, supaya pesakit boleh menyumbang, jika mahu.

Mengapakah cara penyerahan jururawat perlu dikaji?

Apabila jururawat menyerahkan tanggungjawab penjagaan kepada jururawat lain terdapat peluang untuk kesilapan sekiranya semua maklumat perubatan yang penting tidak dikongsi dengan teliti dan cekap. Kegagalan untuk menyebut - atau memahami - maklumat boleh mengakibatkan kelewatan dalam rawatan atau diagnosis untuk pesakit, rawatan yang tidak sesuai atau kegagalan untuk memberikan penjagaan yang sewajarnya. Oleh itu, penyerahan maklumat klinikal yang tepat adalah penting untuk memastikan kesinambungan penjagaan dan keselamatan pesakit.

Tujuan dan penemuan ulasan ini

Ulasan ini cuba untuk mengenal pasti cara penyerahan jururawat yang paling sesuai.

Pada bulan Mac 2013, penulis ulasan telah menjalankan pencarian luas untuk kajian berkaitan yang sesuai (kajian rawak terkawal) yang membandingkan cara penyerahan jururawat yang berbeza. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat mengenal pasti sebarang kajian rawak terkawal yang mengkaji soalan itu, dan oleh itu tidak dapat membuat kesimpulan. Kajian lanjut dalam bidang ini adalah diperlukan dengan segara.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Smeulers M, Lucas C, Vermeulen H. Effectiveness of different nursing handover styles for ensuring continuity of information in hospitalised patients. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 6. Art. No.: CD009979. DOI: 10.1002/14651858.CD009979.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan