Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Rawatan pencegahan untuk episod selulitis dan erisipelas berulang

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Latar belakang

Selulitis dan erisipelas adalah kedua-dua jangkitan bakterial kulit yang paling kerap menjejaskan kaki. Erisipelas menjejaskan lapisan atas kulit, dan selulitis menjejaskan bahagian dalam kulit, tetapi amalan adalah sukar untuk menjelaskan perbezaan antara mereka, jadi kami mempertimbangkan mereka bersama untuk ulasan ini (dan merujuk mereka sebagai selulitis). Sehingga 50% orang dengan pengalaman selulitis mengalami episod berulang. Walaupun keadaan ini membebankan, terdapat kekurangan maklumat berasaskan bukti yang berkepastian tinggi, maklumat berdasarkan bukti tentang rawatan yang diingini untuk pencegahan selulitis berulang.

Soalan ulasan

Apakah rawatan yang terbaik untuk mencegah episod selulitis berulang dalam orang dewasa berumur lebih 16 tahun berbanding dengan tanpa rawatan, plasebo, intervensi lain, atau intervensi yang sama dengan pelan rawatan yang berbeza, dan apakah kesan-kesan sampingan?

Ciri kajian

Kami telah mencari pangkalan data yang relevan dan terdaftar sehingga Jun 2016. Kami telah mengenal pasti enam kajian, dengan 573 peserta, yang mempunyai purata umur antara 50 dan 70. Kedua-dua jantina telah disertakan, tetapi terdapat hampir dua kali ganda bilangan wanita. Lima kajian telah menggunakan rawatan antibiotik (empat penisilin dan satu eritromisin), yang telah dibandingkan dengan sama ada tanpa rawatan atau plasebo, dan satu percubaan telah menggunakan selenium berbanding dengan larutan garam fisiologi. Rawatan berlangsung dari enam hingga 18 bulan.

Tetapan yang paling kerap adalah hospital, dan dua kajian adalah berbilang pusat. Kajian-kajian telah dijalankan di UK, Sweden, Turnisia, Israel, dan Austria. Terdapat sebilangan kecil episod selulitis sebelum ini dalam kalangan mereka yang direkrut ke dalam kajian, antara satu dan empat episod dalam setiap kajian. Kajian antibiotik telah menilai pencegahan dengan antibiotik pada orang dengan selulitis kaki, dan kajian selenium telah menilai orang dengan selulitis lengan.

Keputusan utama

Hasil utama kami adalah pencegahan episod selulitis berulang. Hasil yang lain termasuk menyertakan bilangan serangan selulitis berulang, masa untuk serangan seterusnya, kemasukan ke hospital, kualiti hidup, perkembangan rintangan antibiotik, kejadian buruk dan kematian.

Menggabungkan keputusan kesemua lima kajian yang telah menggunakan antibiotik, kami telah menemui bukti kepastian sederhana bahawa untuk orang yang dalam rawatan pencegahan, rawatan antibiotik secara umumnya, dan penisilin secara khususnya, mungkin berkesan dan selamat untuk mencegah episod selulitis kaki berulang apabila dibandingkan dengan tanpa rawatan atau plasebo.

Analisis tersebut telah menunjukkan bahawa, berbanding dengan tanpa rawatan atau plasebo, pengambilan antibiotik telah mengurangkan risiko episod masa depan sebanyak 69%, mengurangkan bilangan lebih daripada 50%, dan mengurangkan dengan ketara kadar sehingga serangan yang seterusnya (bukti kepastian sederhana). Walau bagaimanapun, kami telah menemui bukti kepastian rendah bahawa kesan perlindungan antibiotik untuk ketiga-tiga hasil ini berkurangan dari semasa ke semasa selepas rawatan dihentikan. Tambahan pula, kesan bermanfaat antibiotik adalah relevan untuk orang dengan sekurang-kurangnya dua episod selulitis dalam jangka masa sehingga tiga tahun.

Kami telah menemui bukti kepastian rendah bahawa tiada perbezaan antara antibiotik dan tiada rawatan/plasebo untuk kesan-kesan sampingan dan kemasukan ke hospital. Bukti tersebut tidak membenarkan penerokaan penuh untuk kesan rawatan terhadap tempoh penginapan di hospital.

Tiada kesan buruk yang serius telah dilaporkan, dan kesan sampingan yang biasa disertakan termasuk cirit-birit, loya, ruam (reaksi buruk kulit teruk tidak dilaporkan) dan seriawan. Dalam tiga kajian, kesan buruk telah menyebabkan mereka yang mengambil bahagian berhenti mengambil antibiotik. Tiga orang yang mengambil eritromisin mengalami sakit perut dan loya, menyebabkan mereka berhenti mengalami rawatan dan mengambil penisilin sebaliknya. Dalam satu kajian, dua orang telah menarik diri daripada rawatan dengan penisilin disebabkan oleh cirit-birit atau loya. Dalam satu lagi kajian, disebabkan oleh sakit di tempat suntikan, kira-kira 10% daripada mereka yang mengambil bahagian berhenti mengambil suntikan intramuskular penisilin benzatin.

Tiada kajian yang disertakan mengukur kualiti hidup atau perkembangan rintangan antibiotik.

Kepastian bukti

Bukti untuk kesan antibiotik berbanding dengan tanpa rawatan atau plasebo terhadap perulangan, kadar insiden dan masa kepada episod selulitis di bawah rawatan pencegahan adalah berkepastian sederhana, dan diterhadkan oleh bilangan peserta dan peristiwa-peristiwa yang kecil. Bukti untuk hasil yang dilaporkan yang selebihnya adalah berkepastian rendah disebabkan alasan yang sama, serta keputusan yang tidak tepat.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Dalal A, Eskin-Schwartz M, Mimouni D, Ray S, Days W, Hodak E, Leibovici L, Paul M. Interventions for the prevention of recurrent erysipelas and cellulitis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 6. Art. No.: CD009758. DOI: 10.1002/14651858.CD009758.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan