Langkau ke kandungan utama

Antioksidan untuk orang dewasa dengan penyakit buah pinggang kronik

Orang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik mempunyai risiko tinggi kematian awal, penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok), atau kegagalan buah pinggang (dialisis atau pemindahan buah pinggang). Antioksidan, seperti suplemen vitamin, mungkin merupakan intervensi yang mudah didapati untuk mengurangkan risiko tinggi ini.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami mencari literatur sehingga November 2022 dan menilai kesan antioksidan terhadap kematian, penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang dan kerugian pemindahan buah pinggang. Kami menentukan kualiti kajian dan menggabungkan keputusan mereka untuk menganggarkan kesan suplemen antioksidan.

Apakah yang telah kami temui?

Kami memasukkan 95 kajian dengan 10,468 pesakit dewasa, yang menguji 49 antioksidan yang berbeza. Antioksidan tidak mengurangkan risiko kematian atau kerugian pemindahan buah pinggang. Antioksidan mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok dan risiko kegagalan buah pinggang (yang memerlukan dialisis). Antioksidan juga boleh memperbaiki fungsi buah pinggang. Walau bagaimanapun, kami juga memerhatikan peningkatan risiko kegagalan jantung dan jangkitan daripada antioksidan. Kebanyakan kajian adalah tidak berkualiti. Oleh itu, kajian yang lebih baik diperlukan untuk mengesahkan kemungkinan bahaya dan faedah antioksidan.

Kesimpulan

Pada orang dewasa dengan penyakit buah pinggang kronik, antioksidan tidak mengurangkan risiko kematian tetapi mungkin mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kegagalan buah pinggang dan meningkatkan fungsi buah pinggang. Walau bagaimanapun, antioksidan mungkin meningkatkan risiko kegagalan jantung dan jangkitan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Colombijn JMT, Hooft L, Jun M, Webster AC, Bots ML, Verhaar MC, Vernooij RWM. Antioxidants for adults with chronic kidney disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2023, Issue 11. Art. No.: CD008176. DOI: 10.1002/14651858.CD008176.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan