Langkau ke kandungan utama

Rawatan kemurungan dalam kalangan individu dengan penyakit arteri koronari

Ulasan ini mengkaji kajian klinikal rawatan psikologi dan ubat antidepresan dalam kalangan pesakit jantung koronari yang mengalami kemurungan. Objektif adalah untuk menentukan kesan rawatan-rawatan ini terhadap kemurungan, kematian, kejadian jantung seperti serangan jantung yang lain, atau pembedahan jantung.

Kami mengenal pasti 37 kajian yang berkaitan untuk semakan. Lima belas kajian menyiasat rawatan psikologi, dan 21 kajian menyiasat intervensi farmakologi termasuk ubat antidepresan.

Secara amnya, rawatan psikologi berbanding kawalan, dan ubat antidepresan berbanding plasebo (ubat tidak aktif), boleh mengakibatkan pengurangan gejala kemurungan pada akhir rawatan; walau bagaimanapun, kepastian bukti secara amnya adalah rendah. Bukti sangat tidak pasti sama ada rawatan psikologi berbanding ubat kawalan dan antidepresan berbanding plasebo dapat mengurangkan kematian dan kejadian kardiovaskular.

Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2020.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Tully PJ, Ang SY, Lee EJL, Bendig E, Bauereiß N, Bengel J, Baumeister H. Psychological and pharmacological interventions for depression in patients with coronary artery disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 12. Art. No.: CD008012. DOI: 10.1002/14651858.CD008012.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan