Mesej utama
-
Asid traneksamik diberi sebagai rawatan pencegahan tidak banyak perbezaan kepada pendarahan berlebihan selepas kelahiran faraj.
-
Kami tidak pasti sama ada terdapat sebarang kesan mudarat daripada asid traneksamik.
Apakah isunya?
Perdarahan postpartum iaitu perdarahan berlebihan selepas kelahiran, adalah komplikasi lazim dan berpotensi mengancam nyawa semasa melahirkan anak. Kebanyakan wanita menerima ubat (dipanggil uterotonik) yang merangsang rahim untuk mengecut selepas bersalin normal (faraj) untuk mengelakkan perdarahan postpartum. Asid traneksamik (TA) adalah ubat yang diguna untuk mengurangkan kehilangan darah dalam pembedahan dan keadaan kesihatan yang berkait dengan perdarahan berlebihan. Ia berfungsi dengan membantu menghalang pemecahan klot darah. Jika seseorang wanita mengalami perdarahan teruk selepas kelahiran, ia mengurangkan kehilangan darah. Kami tidak tahu jika TXA dapat membantu mencegah perdarahan teruk selepas kelahiran faraj.
Apa yang kami ingin tahu?
Kami ingin tahu sama ada kurang bilangan wanita mengalami perdarahan berat selepas kelahiran faraj jika mereka menerima TXA, dengan atau tanpa uterotonik tambahan, semasa kelahiran faraj . Kami juga ingin tahu jika mengambil TXA semasa kelahiran faraj dikaitkan dengan sebarang kesan mudarat.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari dan memilih semua kajian yang menangani soalan kami. Kami menggunakan senarai semak untuk memastikan kami hanya sertakan kajian dengan maklumat yang boleh kami sahkan. Kami menilai tentang kualiti kajian sebelum membanding dan merumuskan keputusan-keputusan kajian. Akhir sekali, kami menilai keyakinan kami terhadap penemuan tersebut.
Mengapa hal ini penting?
Adalah penting untuk menentukan sama ada TXA berkesan dalam mencegah perdarahan berlebihan selepas kelahiran apabila diberi kepada wanita semasa kelahiran faraj. Jika bermanfaat, ia boleh membantu wanita di seluruh dunia dan main peranan dalam mengurangkan bilangan kematian wanita selepas kelahiran.
Adakah bukti ini mutakhir?
Kami mencari semua bukti tersedia sehingga 6 September 2024.
Apakah bukti yang kami dapati?
Kami mengenal pasti tiga kajian yang menyiasat kesan TXA pencegahan. Tiga kajian itu melibatkan seramai 18,974 peserta berisiko rendah atau tinggi perdarahan berlebihan. Peserta diberi sama ada TXA intravena (ke dalam vena) ditambah penjagaan standard atau suntikan plasebo (salinan) serta penjagaan standard.
Kami mendapati TXA pencegahan memberi sedikit atau tiada perbezaan dalam perdarahan berlebihan selepas kelahiran.
Kami sangat tidak pasti kesan TXA terhadap kematian maternal. TXA cenderung tiada perbezaan kepada risiko wanita mendapat penyakit serius.
Kami dapati TXA tidak mempunyai kesan ke atas kecenderungan menerima transfusi darah. TXA mungkin tiada perbezaan dalam keperluan untuk intervensi pembedahan lanjutan selepas bersalin. Kami sangat tidak pasti tentang kesan TXA terhadap klot darah. Dalam kalangan wanita dengan anemia, TXA tidak memberi perbezaan kepada keperluan ubat tambahan untuk membantu pengecutan rahim, tetapi dalam kalangan wanita tanpa anemia, terdapat sedikit pengurangan dalam hasil ini. Kami sangat tidak pasti tentang kesan TXA terhadap histerektomi (pembedahan untuk membuang rahim). Tidak kelihatan perbezaan kepuasan maternal.
Apakah batasan bukti?
Kajian-kajian menyertakan wanita dalam persekitaran sumber tinggi dan rendah. Sebilangan kecil wanita mengalami kesan mudarat. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan ini memang berlaku di dunia nyata.
Apakah maksudnya?
Kami dapati tiada perbezaan dalam bilangan wanita yang mengalami perdarahan berlebihan selepas bersalin setelah diberi TXA pencegahan semasa bersalin faraj dan kami sangat tidak pasti tentang kesan TXA terhadap klot darah, dan kesan sampingan serius . Memandangkan kesan mudarat ini, klinisian harus mengambil kira kurangnya manfaat dan potensi mudarat apabila mempertimbang pemberian TXA rutin kepada wanita semasa kelahiran faraj.
Penyelidikan lanjutan harus memfokus kepada intervensi lain yang boleh membantu mencegah perdarahan berlebihan selepas kelahiran faraj.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).