Langkau ke kandungan utama

Perubatan ayurveda untuk skizofrenia

Perubatan Ayurveda telah diasaskan di India sejak 3000 tahun yang lalu dan merupakan sistem perubatan tertua yang masih wujud sehingga masa kini. Ia melihat setiap individu sebagai satu susunan minda-badan yang unik dan satu set keadaan kehidupan.Ia menyerupai dengan perubatan tradisional Cina dalam mempercayai bahawa jirim dan tenaga adalah perkara yang sama.Rawatan dalam sistem ayurveda adalah holistik, melibatkan perubatan semula jadi, urutan, diet dan peraturan gaya hidup.Ayurveda telah digunakan untuk rawatan skizofrenia, sejenis keadaan kesihatan mental jangka-panjang ynag serius, sejak pengungkapannya (C1000 SM) sehingga kini, ubat gaya-Barat yang melibatkan antipsikotik dan rawatan hospital juga digunakan.

Ulasan ini memeriksa kajian terkawal rawak yang membandingkan aspek perubatan ayurveda dengan penggunaan antipsikotik bagi penghidap skizofrenia.Semua kajian berlaku di India selama 12 minggu atau kurang. Apabila herba ayurveda iaitu brahmyadiyoga dan tagara dibandingkan dengan plasebo (2 kaian), tiada perbezaan signifikan antara kedua-dua kumpulan dalam penerimaan rawatan atau perbaikan secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, kumpulan brahmyadiyoga menunjukkan sedikit peningkatan apabila dinilai dalam aspek ayurveda (gabungan menilai aspek minda, membuat keputusan, orientasi, ingatan dan tabiat, dan melihat kepada ketiadaan gejala penyakit).Apabila kedua-dua herba dibandingkan dengan kumpulan yang mengambil antipsikotik, chlorpromazine, tidak ada perbezaan dalam penerimaan rawatan, tetapi salah satu daripada dua kajian mendapati perbaikan keadaan mental dalam kalangan yang mengambil chlorpromazine.Terdapat juga satu kajian yang membandingkan pakej ayurveda (herba dan rawatan lain) dengan chlorpromazine, dan walaupun kedua-dua rawatan boleh diterima, maklumat yang lain tidak dapat digunakan. Brahmyadiyoga dan tagara cenderung untuk menyebabkan muntah dan loya sebagai kesan sampingan, manakala chlorpromazine menyebabkan orang berasa mengantuk. Rawatan ayurveda mungkin boleh digunakan sebagai tambahan kepada ubat antipsikotik. Satu kajian baru lebih besar yang membandingkan herba ayurveda sahaja, chlorpromazine sahaja dan kombinasi kedua-dua tersebut mungkin boleh menjawab soalan ini.

(Ringkasan bahasa biasa untuk ulasn ini disediakan oleh Janey Antoniou daripada RETHINK, UK www.rethink.org).


Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Petikan
Agarwal V, Abhijnhan A, Raviraj P. Ayurvedic medicine for schizophrenia. Cochrane Database of Systematic Reviews 2007, Issue 4. Art. No.: CD006867. DOI: 10.1002/14651858.CD006867.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan