Langkau ke kandungan utama

Perekrutan kendalian sebagai strategi ventilasi dalam kalangan dewasa dengan kegagalan respiratori akut akibat kecederaan paru-paru

Latar belakang: Kegagalan respiratori akut adalah keadaan yang lazim dalam kalangan pesakit dewasa yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di seluruh dunia. Walaupun ada banyak sebab kegagalan respiratori, ia mungkin disebabkan oleh sindrom distres respiratori akut (ARDS). Istilah ini menjelaskan keadaan di mana kedua-dua paru-paru telah tercedera dan radang akibat pelbagai sebab, dan paru-paru tidak dapat berfungsi secara normal untuk membekal oksigen dan membuang karbon dioksida dari badan. Ini menyebabkan kurang oksigen di dalam darah. Pesakit-pesakit mungkin memerlukan sambungan ke ventilator (mesin pernafasan) untuk menyokong pernafasan. Terapi ini dikenali sebagai ventilasi mekanikal. Penjagaan sokongan dengan ventilasi mekanikal adalah rawatan standard yang penting untuk pesakit dengan ARDS.

Walaupun ventilasi mekanikal boleh menyelamat nyawa, ia boleh menyumbang kepada kecederaan paru-paru dengan pengembangan dan penguncupan tisu-tisu paru-paru. Untuk mengurangkan kerosakan paru-paru yang tercedera, isipadu udara lebih kecil pada tekanan lebih rendah telah digunakan dengan tekanan positif bukaan ekspirasi akhir (PEEP). Strategi ventilasi ini dapat memendekkan tempoh pesakit perlukan ventilasi mekanikal disamping memperbaiki survival, ia dianggap rawatan standard pesakit ARDS dalam jagaan intensif.

Bersama strategi ini, teknik ventilasi tambahan juga telah dibangunkan. Satu teknik yang dikenali sebagai perekrutan kendalian; apabila digabung dengan PEEP lebih tinggi, ia dikenali sebagai strategi ventilasi terbuka. Perekrutan kendalian menggunakan nafas berterusan bagi membantu perekrutan atau membuka semula unit paru-paru yang telah menguncup. Ia boleh meningkatkan bilangan unit paru-paru sedia ada untuk bernafas dan memperbaiki hasil pesakit. Kesan perekrutan kendalian masih belum pasti.

Tarikh carian: Bukti adalah terkini hingga ke Ogos 2016.

Ciri-ciri kajian: Kami memasukkan 10 kajian dalam ulasan ini, yang melibatkan 1658 peserta dengan sindrom distres respiratori akut.

Keputusan-keputusan utama: Bukti berkualiti rendah mencadangkan perekrutan kendalian memperbaiki survival di ICU tetapi tidak untuk survival selepas 28 hari ataupun survival di hospital. Perekrutan kendalian tiada kesan ke atas risiko kebocoran udara paru-paru.

Kualiti bukti: Kami mendapati bukti kajian bagi kebanyakan hasil berkualiti rendah hingga sederhana, kerana reka bentuk kajian yang disertakan. Kebanyakan kajian mengguna perekrutan kendalian bersama teknik atau strategi ventilasi lain, dan ini mungkin mempengaruhi hasil. Haruslah berhati-hati apabila membuat kesimpulan tentang keberkesanan perekrutan kendalian sahaja.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi muhammadzakihilmi@gmail.com

Petikan
Hodgson C, Goligher EC, Young ME, Keating JL, Holland AE, Romero L, Bradley SJ, Tuxen D. Recruitment manoeuvres for adults with acute respiratory distress syndrome receiving mechanical ventilation. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 11. Art. No.: CD006667. DOI: 10.1002/14651858.CD006667.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan