Ciri-ciri klinikal demensia dengan Lewy Bodies (DLB) dan penyakit Parkinson dengan demensia (PDD) mempunyai banyak persamaan. Oleh sebab pesakit dengan DLB dan PDD mempunyai defisit yang sangat teruk dalam tahap kortikal neurotransmitter asetilkolin, tindakan menyekat pemecahannya menggunakan sekumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai penghalang kolinesterase boleh menyebabkan penambahbaikan klinikal. Enam kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan secara statistiknya dalam penilaian global, fungsi kognitif, gangguan tingkah laku dan skala penilaian aktiviti seharian terhadap pesakit PDD dan pesakit gangguan kognitif dalam penyakit Parkinson (CIND-PD) yang dirawat dengan penghalang kolinesterase. Tidak ada bukti terpisah semasa untuk menyokong penggunaannya dalam CIND-PD. Dalam satu kajian, tiada peningkatan yang signifikan secara statistik dapat diperhatikan pada pesakit dengan DLB yang dirawat dengan penghalang kolinesterase, dan kajian lanjutan diperlukan untuk menjelaskan kesan penghalang kolinesterase dalam kumpulan pesakit ini.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Syed M Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).